web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tahan Kenderaan UNIFIL: Pasukan Pengaman Malaysia Di Lubnan Selamat - Menteri

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 2:35PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan anggota pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) dari Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Mohamed Khaled ketika dihubungi BERNAMA berkata demikian secara ringkas dan memaklumkan bahawa perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi kemudian.

Menurut laporan media Lubnan, kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini.

Portal Defence Security Asia (DSA) yang memetik media Lubnan melaporkan bahawa kawasan berkenaan berada di luar kawasan operasi UNIFIL.

Portal berita berbahasa Arab, Lubnan Al-Modon pula mengeluarkan video memaparkan keadaan dalam kenderaan perisai UNIFIL itu yang antara lain menunjukkan di stereng kenderaan perisai terdapat perkataan 'Cendana Auto' dan beberapa peralatan peribadi milik anggota pengaman.

Ketika berita ini disiarkan, BERNAMA masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan daripada Markas Angkatan Bersama yang berperanan menyelaraskan keperluan operasi dan misi di bawah PBB.

Sementara itu, Timbalan Jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel ketika bercakap dengan stesen televisyen tempatan, Lebanese Broadcasting Corporation International (LBCI) mengesahkan kejadian itu yang membawa kepada penahanan sementara anggota pengaman UNIFIL.

"Sebuah kenderaan pasukan pengaman PBB yang sedang dalam perjalanan rutin logistik ke Beirut telah memasuki jalan yang tidak dirancang," menurut Kandice.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan anggota pengaman yang terbabit dalam insiden itu.

Selain kebebasan untuk bergerak di dalam kawasan operasi UNIFIL, Kandice memaklumkan mereka juga dibenarkan bergerak di seluruh Lubnan oleh kerajaan negara itu bagi tujuan pentadbiran dan faktor logistik seperti tertakluk dalam pelaksanaan Resolusi 1701.

Dalam pada itu, akhbar Lubnan, Al-Akhbar yang dipetik portal LBCI pula mengesahkan insiden di Hay al-Sellom di Dahiyeh itu membabitkan kenderaan perisai yang membawa anggota pengaman Malaysia.

Menurut Al-Akhbar, kejadian itu dianggap sebagai sensitif dan berpunca daripada 'kesilapan' anggota ke kawasan dikenali sebagai kubu kuat pejuang, terutamanya ketika konflik dengan musuh.

Akhbar itu juga menyatakan bahawa insiden itu bukan kali pertama berlaku dan 'perselisihan faham' (altercation) antara pasukan tentera antarabangsa dan penduduk tempatan juga bukanlah kali pertama berlaku. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 6 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan