web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 126 Kematian Dicatatkan, Tertinggi Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 10:08PM

Sukarelawan Amal Valley mengeluarkan jenazah yang meninggal dunia kerana COVID-19 dari van di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 126 kematian dilaporkan hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak pandemik ini melanda negara sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 2,993 orang,  menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, beliau memaklumkan kematian itu melibatkan 29 orang di Selangor, Kuala Lumpur (18), Negeri Sembilan (14), Kelantan (12),  Johor (11) , Kedah pula 10 orang.

Seterusnya, Labuan mencatatkan lapan kematian, masing-masing lima kematian di Melaka dan Terengganu, Sarawak (empat), Pahang (tiga), masing-masing dua di Sabah, Putrajaya dan Perak serta seorang  di Pulau Pinang.

Sukarelawan Amal Valley mempersiapkan liang lahad sebelum jenazah disemadikan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sukarelawan Amal Valley mempersiapkan liang lahad sebelum jenazah disemadikan. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini sebanyak 878 orang dengan 441 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas adalah 5,777, menjadikan jumlah kumulatif 501,898 kes manakala kes aktif kini sebanyak 82,274 kes,” katanya.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 sebanyak 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Beliau berkata terdapat 22 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 11 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster pendidikan tinggi, satu kluster pusat tahanan dan satu kluster keagamaan, menjadikan jumlah kluster aktif kini 674 kluster.

Proses mengambil jenazah COVID-19 di salah sebuah hospital sebelum ke tanah perkuburan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Proses mengambil jenazah COVID-19 di salah sebuah hospital sebelum ke tanah perkuburan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Dr Noor Hisham berkata kluster tempat kerja itu melibatkan Kluster Jalan Waja Lima Belas di Selangor;  Jalan Balam (Kuala Lumpur), Jalan Jee Cattleya dan Jalan Pinang Riam (Sarawak), Jalan SILC Satu, Teknologi Enam serta Jalan Bioteknologi Satu di Johor.

Kluster tempat kerja juga membabitkan Kluster Pantai Kemayang di Kelantan, Industri Jemapoh (Negeri Sembilan), Jalan Tambun (Perak) dan Industri Bukit Panchor di Pulau Pinang.

Tujuh kluster komuniti pula adalah Kluster Nanga Meruan dan Sungai Penyarai di Sarawak; Jalan Parit Raja Tengah (Johor), Kelisa Emas (Pulau Pinang), Taman Fasa 2A (Perak dan Kuala Lumpur), Dah Kampung Lancuk (Kedah) serta Kampung Alai di Perak.

Bagi kluster pendidikan tinggi ia melibatkan Jalan Beringin, Selangor dan Jalan Yaacob Latif 2, Kuala Lumpur, kluster pusat tahanan adalah Kluster DTI Kemayan, Pahang manakala kluster keagamaan pula membabitkan Jalan Mutiara Galla di Negeri Sembilan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia