web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Lanjut Tempoh Bayaran Cukai Pintu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 7:34PM

Datuk Hasni Mohammad 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai pintu, selepas mengambil kira keadaan rakyat yang pastinya terkesan dengan pelaksanaan Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pelanjutan tempoh bayaran cukai tanah itu dibuat sehingga 30 September nanti. 

“Kerajaan Negeri Johor amat memahami keluh-kesah rakyat yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown yang dilaksanakan mulai 1 Jun hingga 14 Jun ini susulan pandemik COVID-19.

“Selain bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan pelbagai usaha, termasuk meneruskan inisiatif yang dilihat berkesan membantu meringankan bebanan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, selain pelanjutan tempoh bayaran itu, rebat sebanyak 10 peratus turut diberikan hingga tempoh yang sama.

“Denda lewat tahun ini juga, iaitu sebanyak 20 peratus dengan kadar minimum RM10 yang sepatutnya dikenakan bermula pada 1 Jun, hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober nanti.

“Pelanjutan tempoh akhir ini diharapkan mampu memberi masa yang mencukupi bagi pemilik premis menunaikan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai tanah masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini. - Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia