web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Penyeludup Terjun Bot Elak Dicekup Ketika Bawa Syabu RM347,000

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:11AM

Bot digunakan dua penyeludup yang dipercayai cuba membawa keluar dadah ke Indonesia. gambar JKDM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Sejumlah 10.5 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM347,000 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah dalam satu operasi dijalankan di kawasan Kota Kuala Muda, dekat sini, Rabu lalu. 

Pengarah Kastam negeri, Nor Izah Abd. Latiff berkata, hasil maklumat diterima dan risikan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot nelayan jenis fiber tanpa nombor pendaftaran di muara Sungai Pasar Bisik, Kota Kuala Muda kira-kira jam 6.30 petang. 

Katanya, selepas menunggu selama kira-kira empat jam hingga 10.20 malam, bot tersebut dibawa dua lelaki mencurigakan dikesan bergerak menuju ke arah laut. 

"Pasukan serbuan kemudiannya berusaha memintas bot berkenaan. Sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, dua lelaki itu terjun ke muara sungai sebelum menghilangkan diri. 

"Pemeriksaan dijalankan terhadap bot tersebut kemudiannya menemukan 10 bungkusan coklat mengandungi dadah jenis syabu yang diletakkan dalam sebuah beg dan disembunyikan di ruang simpanan bot. Anggaran berat dadah itu kira-kira 10.5 kilogram dengan nilai pasaran RM347,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Bungkusan berwarna coklat berisi dadah jenis syabu yang ditemukan dalam ruangan penyimpanan bot fiber dinaiki dua lelaki. gambar JKDM Kedah
Bungkusan berwarna coklat berisi dadah jenis syabu yang ditemukan dalam ruangan penyimpanan bot fiber dinaiki dua lelaki. gambar JKDM Kedah

Katanya, dadah tersebut dipercayai cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan ke negara jiran. 

"Dadah tersebut dipercayai cuba dibawa keluar ke Indonesia. Sindiket tersebut beroperasi pada lewat malam bertujuan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. 

"Langkah menyeludup dadah ini ke negara jiran adalah bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda berbanding pasaran tempatan.

"Berdasarkan jumlah berat dadah yang dirampas, dadah tersebut dianggarkan boleh digunakan 100,000 penagih jika terlepas ke pasaran," katanya. 

Selain dadah yang cuba diseludup katanya, JKDM Kedah turut menyita bot digunakan penyeludup dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM225,000. 

"Rampasan keseluruhan termasuk dadah dan bot dianggarkan bernilai RM572,000. Tiada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik bot tersebut.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, selain boleh dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan. 

"JKDM menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 dan identiti pemberi maklumat dijamin akan dirahsiakan" katanya. - Getaran 25 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lawatan Ke KLIA Bertujuan Angkat Martabat Imigresen - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka