web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lawatan Ke KLIA Bertujuan Angkat Martabat Imigresen - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 12:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan mengejut beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam adalah bertujuan untuk mengangkat martabat dan integriti Jabatan Imigresen (JIM) yang ketika ini berdepan dengan kritikan umum.

Pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Julai 2023 di sini hari ini, Anwar berkata tinjauannya mendapati majoriti petugas JIM di KLIA menjalankan tugas dengan baik dan hanya segelintir kecil yang masih biasa dengan amalan lama.

“Selalu kita sebut kerana nila setitik rosak sebelanga, saya pergi (KLIA) untuk beri jaminan bahawa sebenarnya tidak wajar kita beri gambaran dan persepsi secara umum bahawa ada kerosakan dalam Imigresen,” katanya.

Dalam lawatan mengejut beliau kira-kira 30 minit ke KLIA semalam, Anwar merumuskan urusan dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan JIM adalah terkawal serta menyatakan beberapa permasalahan yang ada akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.

Mengenai pengoperasian JKDM di KLIA pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendapati hanya satu daripada tujuh pengimbas barangan sahaja beroperasi dan beliau mahu keadaan itu diperbaiki segera.

“Saya kebetulan Menteri Kewangan, Kastam di bawah tanggungjawab saya, takkan tunggu menteri turun baru tahu yang mana rosak. Ini ada kelemahan dari segi maklumat kerana kalau belanjanya hanya sekitar beberapa juta, kita boleh luluskan segera. 

“Dan saya percaya baik KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad) atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak akan siasat dengan kadar segera semata-mata sebab lulus segera (peruntukan) kerana keadaan itu mendesak,” katanya.

Justeru, beliau menekankan keperluan pegawai atasan untuk turun padang untuk melihat sendiri operasi jabatan serta jangan membuat andaian bahawa semuanya beroperasi dalam keadaan baik.

“Sebab itu kadang-kadang kita di atas pun kita harus ‘turun bawah’, ‘terjun bawah’ untuk melihat sendiri kerana tidak boleh buat andaian semuanya baik, tapi mestilah tujuan untuk perbaiki bukan untuk cari salah atau kecam,” katanya. 

Anwar dalam pada itu berkata beliau mendapat maklumat ada individu yang layak mendapat status kewarganegaraan, diminta membayar sejumlah wang bagi mengeluarkan sijil kewarganegaraan.

“Semalam saya terima maklumat yang mungkin masih disiasat di Jabatan Pendaftaran Negara, ...bagi orang yang layak dapat status sama ada kewarganegaraan dan sebagainya, untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran tetapi jumlahnya terlalu kecil.

“Harus ada tindakan keras dan tegas, kalau tidak ia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya tanpa menghuraikan perkara itu.

Secara keseluruhannya, Anwar berkata segala kelemahan sedia ada harus diperbaiki dengan wajar agar ia tidak menjejaskan imej jabatan, penjawat awam dan negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki