web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Tunggu Saat Akhir Bayar Zakat Fitrah

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:42PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak ketika Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi untuk diraikan.

Pengerusi, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Seri Norizan Khazali berkata, kelewatan berbuat demikian memberi impak kepada jumlah kutipan yang setakat ini baharu menghampiri RM1 juta berbanding sasaran tahun ini sebanyak RM12.65 juta.

"Kutipan zakat fitrah ini lazimnya saat akhir, orang bayar petang raya atau malam raya, jadi saya nak menyeru penduduk Kedah bayarlah cepat jangan saat akhir sangat. Kita tengok kutipan pun baru kira-kira RM1 juta, sila bayar cepat secara dalam talian atau jumpa amil di kariah masing-masing.

"Jangan lengahkan bayaran kerana sasaran kita lebih tinggi tahun ini berbanding RM12.05 juta pada tahun lalu," katanya selepas merasmikan Program Infaq Ayam Segar kepada asnaf di pekarangan masjid Sultanah Aminah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman.

Norizan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berkata, orang ramai juga diminta membayar zakat fitrah kepada LZNK berbanding membayar terus kepada asnaf.

Mengenai program infaq ayam, beliau berkata, ia diteruskan lagi tahun ini dengan agihan ayam sebanyak 3,332 ekor ayam bernilai RM49,980.

Menurutnya, program itu memberi manfaat kepada 1,666 keluarga asnaf dengan setiap keluarga akan menerima dua ekor ayam segar sebagai persiapan sebelum Aidilfitri.

"Agihan ayam segar hari ini diserahkan kepada 30 asnaf di 50 masjid seluruh daerah Pendang dengan bantuan penolong amil yang akan menentukan mereka yang layak," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

5 Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sudahkah Anda Membayar Zakat Fitrah?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Ditetapkan RM7 Seorang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kurangkan Segera Ketegangan Di Asia Barat, Ambil Langkah Sewajarnya - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap