web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Mar 2023 6:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah di Selangor pada tahun ini ditetapkan pada RM7 seorang.

Jurucakap Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi kenyataan memaklumkan, penetapan kadar itu berdasarkan kepada harga 2.6 kilogram beras super special tempatan yang lazim digunakan umat Islam di negeri itu.

Menurutnya, LZS bagaimanapun menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

“Kadar RM14 seorang adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.

“Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan telah dilaksanakan sejak 2018 lagi.

LZS jelas beliau lagi, menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat bagi memudahkan urusan pembayaran zakat di Selangor.

“Ia bukan hanya terhad kepada pembayaran zakat fitrah, malah turut meliputi zakat harta pada bulan Ramadan.

“Pembayaran boleh dibuat melalui EZakat Pay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my atau menerusi perbankan internet, portal MyEg, pos online, aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, LZS turut mengumumkan pelantikan 2,642 Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

“Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAF yang dilantik berdasarkan kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan oleh LZS,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Tunggu Saat Akhir Bayar Zakat Fitrah

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

5 Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sudahkah Anda Membayar Zakat Fitrah?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Ditetapkan RM7 Seorang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 minit yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 20 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok