web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Ditetapkan RM7 Seorang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2022 6:26PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya turut menggalakkan golongan yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

“Kadar zakat fitrah tersebut adalah RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21 seorang bagi individu yang memakan beras basmati/beras Jepun/beras merah,” katanya.

Beliau berkata galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan telah dilaksanakan oleh LZS sejak 2018 lagi.

Menurutnya bagi memudahkan umat Islam di negeri itu menunaikan bukan sahaja zakat fitrah malahan zakat harta pada bulan Ramadan, LZS telah menyediakan pelbagai platform seperti EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, aplikasi Zakat Selangor, perbankan internet, portal MyEg dan Pos Online serta aplikasi e-dompet iaitu GoPayz dan Boost.

Muhd Fikri Naim berkata LZS turut melantik 2,745 ketua dan penolong amil di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini, dan masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik oleh LZS yang dibekalkan kad tauliah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Tunggu Saat Akhir Bayar Zakat Fitrah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kurangkan Segera Ketegangan Di Asia Barat, Ambil Langkah Sewajarnya - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap