web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 9:29PM

Ashmon Bajah - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Serangan’ ke atas rangkaian kedai serbaneka KK Mart terus berlarutan, apabila sebuah lagi cawangan kedai itu dilempar bom api (molotov cocktail).

Insiden terbaru itu berlaku di cawangan KK Mart di Jalan Satok, Kuching, Sarawak semalam.

Ini adalah kejadian ketiga seumpamanya dan yang pertama dilaporkan di Malaysia Timur.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan kejadian itu semalam.

Menurut beliau, laporan berkenaan diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun, yang juga pekerja kedai terbabit.

“Pengadu memaklumkan ada kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima hadapan kedai berkenaan, akibat dibaling menggunakan botol kaca berisi minyak tanah dan kain berwarna kuning,” katanya.

Jelas Ahsmon, polis sedang giat mengesan saspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ceremona Anak Nasim di talian 013-8554168 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga diingatkan agar tidak melakukan perbuatan di luar batas undang-undang dalam hal ini dan memberikan ruang kepada proses perundangan sedia ada,” katanya. - Getaran, 1 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah