web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah 2024, Tapi Masih Buang Sampah Merata-Rata!

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 4:32PM

Sampah-sarap yang bertaburan di sepanjang jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zaman semakin maju, malangnya tabiat menjijikkan segelintir rakyat negara ini masih sukar diubah.

Sikap pemalas mereka begitu menebal dan ia dibuktikan menerusi tabiat membuang sampah di merata-rata tempat yang seakan sudah menjadi kebiasaan. 

Sudah berulang kali natijah perbuatan ini dilaporkan di media malah pernah juga viral di media sosial, malangnya ia terus berlaku.

Lihat sahaja selepas konsert kumpulan British antarabangsa, Coldplay tahun lalu. 

Ketika itu, boleh dikatakan setiap pelusuk perkarangan luar Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dipenuhi sampah berupa bungkusan makanan dan air, walaupun tong sampah disediakan di hampir semua tempat. 

Baru-baru ini, kejadian seakan sama berulang lagi.

Kali ini, jajaran jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang menjadi mangsa.

Memuat naik perkara itu di TikTok, wartawan permotoran, Hezeri Samsuri meluahkan rasa terkejut apabila melihat sepanjang jalan itu dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.

@caretamalaysia Terpaksa berhenti. Sepanjang perjalanan di Central Spine Road ke Gua Musang ni, ada beberapa “hot spot” geng pengotor melepak rupanya. Dah dah la tu, tukar kerajaan 2 juta kali pun, kalau perangai tetap sama macam ni, tak guna la. Tak payah kutuk ahli politik kalau masih ada rakyat berperangai hauk macam ni. #caretamalaysia #tiktokmalaysia #automotive #carvlog #cars #sampah #buangsampah ♬ original sound - CaretaMalaysia

Menerusi video, Hezeri membawa netizen melihat keadaan di sepanjang jalan, yang menyaksikan longgokan sampah sarap memenuhi kawasan tersebut.

“Astaghfirullahaladzim, kau tengoklah. Kalau korang berhenti nak berbuka (puasa) pun, janganlah buat perangai macam ni. Allahuakbar.

“Allahuakbar tu dia. Astaghfirullahaladzim. Lailahaillallah. Tolonglah, janganlah pengotor sangat,” katanya yang jelas terkejut apabila melihat pemandangan meloyakan tekak itu.

Pemandangan yang menjijikkan ini dilihat di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang semalam - gambar X
Pemandangan yang menjijikkan ini dilihat di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang semalam - gambar X

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini dipetik sebagai berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah membuang sampah merata-rata.

“Tiada lagi diskaun akan diberi kepada mereka. Saya sudah mengarahkan kesemua 115 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendenda sesiapa sahaja yang ditangkap membuat sampah di kawasan awam.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan. Tiada siapa yang patut terlepas dari undang-undang,” katanya. - Getaran, 6 April 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Buang Sampah Sesuka Hati, Tak Sepasal Bertukar Tragedi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SWCorp Berjaya Kesan Individu Tular Buang Sampah Tepi Jalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan