web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPM Jalin Kerjasama, Pastikan Keselamatan Jemaah Haji, Umrah Terjamin - Menteri

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 9:50AM

Kerjasama berkenaan turut meliputi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi Kerajaan seperti Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin.

Menteri berkenaan, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama tersebut turut mencakupi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menurut beliau, ia susulan situasi terkini di Timur Tengah, berikutan serangan balas Iran terhadap Israel kelmarin.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya.

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail
Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Jelas Mohd Na’im, Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang.

“Semua pihak adalah dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang memantau rapat perkembangan terkini serangan dibuat Republik Iran terhadap Israel.

Katanya, ia termasuk pemerhatian ke atas kedudukan pasaran kewangan.

Anwar berkata, pemerhatian itu turut mencakupi potensi dampak ke atas Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan, serangan peluru berpandu itu dapat dilihat dengan jelas - gambar REUTERS
Media antarabangsa melaporkan, serangan peluru berpandu itu dapat dilihat dengan jelas - gambar REUTERS

Lebih 200 dron pembunuh dan peluru berpandu dilancarkan Iran terhadap Israel, sekitar jam 8 malam Sabtu, waktu tempatan.

Ia dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu, yang mengorbankan tujuh pegawai anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG), termasuk dua komander kanannya.

Dilaporkan, serangan yang mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Israel, dapat dilihat melintasi ruang udara Iraq.

Media antarabangsa melaporkan, letupan didengari di seluruh Israel, termasuk di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat manakala siren serangan udara kedengaran di lebih 720 lokasi. - Getaran, 15 April 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan