web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Rakyat Tempatan Rugi RM394,000 Diperdaya Sindiket ‘Phone Scam’

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 9:43PM

Mangsa membuat bayaran kerana takut akan dikenakan tindakan undang-undang - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua rakyat tempatan kerugian RM394,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan melalui telefon.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kedua-dua kes berbeza itu masing-masing berlaku pada 16 April dan 19 Mac lalu.

Menurut beliau, kes pertama melibatkan lelaki tempatan berusia 32 tahun yang menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu.

“Individu itu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perkhidmatan penghantar kiriman dan memberitahu, terdapat barang terlarang yang dipos menggunakan alamat mangsa. 

“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada ‘pegawai polis’ yang memaklumkan dia terlibat dalam aktiviti penipuan dan perlu membuat bayaran untuk menyelesaikan kes,” katanya hari ini.

M Kumar berkata, pengadu mengikut arahan diberikan suspek dan membuat 15 transaksi atas talian ke lapan akaun bank berlainan, melibatkan wang berjumlah RM234,000.

“Untuk kes kedua pula, ia berlaku ke atas wanita tempatan berusia 30 tahun, yang juga seorang penjawat awam.

“Mangsa pada 19 April telah menerima panggilan telefon, juga daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar kiriman dan menggunakan modus operandi sama seperti kes pertama,” katanya.

Jelas beliau, sama seperti kes terdahulu, mangsa ditawarkan penyelesaian secara atas talian, sebelum disambungkan kepada pegawai polis.

“Mangsa mengikut arahan suspek dan membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Dia membuat dua transaksi atas talian yang berjumlah RM160,000,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa didorong untuk membuat bayaran tanpa membuat semakan lanjut atau merujuk kepada mana-mana pihak kerana takut tindakan akan diambil ke atas mereka.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun, disebat dan didenda.

“Setakat ini untuk 2024, Polis Johor telah menerima 148 laporan berkaitan sindiket phone scam, melibatkan kerugian berjumlah RM5,881,067.08,” katanya. - Getaran, 21 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diperdaya Sindiket 'Phone Scam', Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM180,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Lumba Haram Tawar Wang, Wanita Sebagai Hadiah Tumpas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan