web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diperdaya Sindiket 'Phone Scam', Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM180,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 4:56PM

Mangsa menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai daripada Pejabat Pos Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM180,000 akibat diperdaya sindiket penipuan penghantaran barang dengan menggunakan modus operandi 'phone scam', Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 42 tahun itu pada 6.24 petang semalam.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menggunakan talian 012-2334005 dengan mendakwa dirinya merupakan pegawai daripada Pejabat Pos Kuala Lumpur. 

"Pegawai pos tersebut mendakwa kononnya ada satu bungkusan yang mengandungi kad pengenalan milik mangsa serta beberapa kad kredit yang dihantar ke Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata mangsa yang menafikan mengenai penghantaran berkenaan telah diminta untuk membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka secara dalam talian sahaja.

Beliau berkata mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang “pegawai polis” yang kononnya berpangkat datuk yakni suspek kedua.

Suspek kedua memberitahu bahawa mangsa perlu memindahkan wang sebanyak RM186,450 ke dalam akaun yang diberikan bagi tujuan siasatan.

"Oleh kerana dalam keadaan cemas dan ketakutan, mangsa menuruti arahan daripada suspek kedua dengan melakukan 38 transaksi ke dalam enam akaun bank berjumlah RM186,450 sejak Khamis lalu sehingga semalam.

"Sejurus selepas itu, suspek kedua itu memberitahu bahawa akan memaklumkan kembali setelah selesai siasatan dalam masa 30 minit, namun selepas tempoh itu berlalu mangsa tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya.

Razlam berkata mangsa menghubungi semula talian tersebut namun panggilannya telah disekat dan beliau membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Rakyat Tempatan Rugi RM394,000 Diperdaya Sindiket ‘Phone Scam’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan