web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1 Juta Warga Emas Terima Suntikan Vaksin - Rina Harun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 12:39PM

ina (tiga, kiri) berbual dengan penghuni rumah Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Sejahtera hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kira-kira sejuta warga emas di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 229,462 lengkap dua dos suntikan vaksin manakala selebihnya menerima suntikan pertama sejak fasa kedua program vaksinasi berkenaan yang mengutamakan golongan warga emas, dimulakan pada April lepas.

“Secara keseluruhan 60 peratus daripada 3.5 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas telah membuat pendaftaran mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Kita sudah nampak peningkatan mereka untuk menerima vaksin, ini menunjukkan kesedaran rakyat bukan sahaja mendaftar tetapi menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Sejahtera, Sikamat di sini hari ini.

Mengenai kesesuaian jenis vaksin untuk golongan berkenaan, beliau berkata setiap warga emas akan diberikan penjelasan oleh pakar kesihatan yang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut beliau, kementeriannya melalui agensi berkaitan juga sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengesan warga emas yang terlantar di rumah untuk diberikan suntikan vaksin tersebut.

Rina turut menggesa setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dan perlu lebih agresif bagi memberi galakan kepada 40 peratus lagi golongan tersebut untuk membuat pendaftaran suntikan vaksin.

Beliau berkata ahli keluarga, komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO) perlu melaksanakan pendekatan ‘whole of society’ bagi memastikan maklumat berkaitan program vaksinasi itu sampai kepada warga emas.

Mengenai program hari ini, Rina berkata petugas di pusat jagaan warga emas berkenaan turut menerima suntikan vaksin tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia