web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Etika Tiang Seri Bidang Kewartawanan - Fahmi 

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 12:33PM

Fahmi Fadzil - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Etika adalah tiang seri dalam bidang kewartawanan kerana kepatuhan terhadapnya bukan sahaja menjadikan seseorang itu wartawan yang terbaik, tetapi menjamin kelangsungan sesebuah organisasi media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata industri media pada hari ini berada dalam keadaan sangat mencabar, disebabkan kemunculan pelbagai media baharu yang seterusnya mengubah pola pembacaan orang ramai, maka pelaporan yang berteraskan kepada etika sangat penting untuk kekal menjadi pilihan.

"Penonton kita kini telah berpecah, telah berubah. Trend dalam kalangan anak muda sekarang sebagai contoh, sama ada mereka suka menonton televisyen atau membaca surat khabar atau membaca portal berita atau Facebook reels, TikTok.

"Perubahan-perubahan ini memberi tekanan, ada yang beranggapan tekanan ini positif, ada juga yang beranggapan kalau tidak diurus dengan dengan baik perubahan-perubahan ini boleh jadi sangat negatif," katanya dalam temu ramah khas sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini, malam tadi.

Fahmi berkata apa juga kandungan yang dimuat naik pempengaruh media sosial atau netizen di pelbagai platform, la berbeza dengan laporan dihasilkan oleh organiasasi media yang berpegang kepada etika kewartawanan sebagai teras utama.

"Kita tahu, kalau nak jadi wartawan kita kena dilatih, tidak semua orang sesuai untuk menjadi wartawan, hanya kerana anda bolen menulis, hanya kerana anda boleh ambil gambar, hanya kerana anda boleh merakam sesuatu keadaan, belum lagi boleh jadi wartawan.

"Tapi apakah yang membuatkan seseorang itu boleh menjadi wartawan yang baik? Bagi saya keupayaan itu terserlah bila kita tegaskan isu etika. Sebab itulah pada ketika kita memikirkan model perniagaan, pada ketika kita mengkaji di mana pengikut kita, tonggak utama tiang seri kepada displin kewartawanan ini ramai yang percaya ialah etika,” katanya.

Menyentuh mengenai kebebasan media di Malaysia, Fahmi berkata secara umumnya keadaan di negara ini sangat baik, dengan tiada sebarang insiden keganasan ke atas pengamal media berlaku, malah tiada sebarang tapisan atau halangan dalam melaporkan sesuatu isu dibuat.

"Cabaran kita sebenarnya bukan kebebasan media, tapi dalam era rakyat amnya dan di seluruh dunia boleh dikatakan bebas bersuara kerana social media, bagaimana untuk kita tidak terperangkap dengan click bait yang kadang-kadang tajuk berita dalam hantaran mungkin boleh jauh berbeza dari isi kandungan," katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata perkara yang lebih penting di sebalik kebebasan media ialah bagaimana untuk memastikan setiap laporan dihasilkan dapat difahami, serta meyakinkan pembaca seterusnya tidak terpengaruh dengan kandungan di media sosial semata-mata.

Mengenai ancaman keselamatan terhadap pengamal media, Fahmi berkata tiada kompromi terhadap perkara berkendan dan sesiapa yang berdepan sebarang masalah berkaitan bebas untuk membuat laporan polis.

HAWANA 2024 bertemakan 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di sini, dengan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei ini.

Lebih 1,000 orang pengamal media termasuk dari Indonesia, Kemboja, Vietnam, Brunei, Filipina, Timor Leste, Kuwait, Qatar, Jepun, China dan Korea menghadiri HAWANA 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Caruman PERKESO Mulai 1 Julai Untuk Pengamal Media Sambilan - Fahmi

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

4

Semasa 4 bulan yang lalu

GKMM 1 Lagi Pencapaian Signifikan Sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah