web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GKMM 1 Lagi Pencapaian Signifikan Sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional - Fahmi

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 8:09AM

Fahmi Fadzil (depan sekali) mengambil swafoto bersama petugas BERNAMA - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) sebagai satu lagi pencapaian yang signifikan susulan pelaksanaan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Beliau berkata penubuhan gabungan itu, membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.

Fahmi berkata GKMM juga wajar melaksanakan mesyuarat agung tahun (AGM) pada setiap kali penganjuran HAWANA kerana ia menghimpunkan pengamal media dari seluruh Malaysia.

"Bagi saya (penubuhan GKMM) memang kena pada tempatnya dan tepat pada masanya kerana dalam edisi HAWANA tahun ini, kita bercakap tentang kelestarian.

"Dengan adanya GKMM yang dapat membantu menyelaras kelab-kelab di sema negeri di Malaysia, kita akan dapat memberi perhatian sama ada kepada isu-isu kebajikan atau isu-isu yang dihadapi oleh pengamal media di negeri masing-masing," katanya pada sidang media selepas pelancaran GKMM di sini malam tadi.

Fahmi turut mengumumkan peruntukan permulaan RM20,000 kepada GKMM untuk melaksanakan aktiviti dan programnya.

Beliau berkata GKMM juga dilihat boleh menjadi rakan strategik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai pengelola Tabung Kasih @HAWANA dalam membantu pengamal media yang memerlukan atau ditimpa musilbah.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi turut melihat terdapat ruang untuk GKMM terlibat dalam memuktamad Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia yang kini di peringkat akhir sebelum dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

"Pada waktu ini, pasukan protem Majlis Media telah terbentuk dan ada jawatankuasanya, (jadi) kita (kementerian) tidak campur dalam urusan itu.

“Memandangkan kita dalam fasa akhir sebelum kita bawa rang undang-undang itu ke Parlimen, saya rasa ada ruang untuk kita libatkan GKMM sama seperti badan-badan lain seperti NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan) dan MPI (Institut Akhbar Malaysia) supaya suara pengamal media dapat kita kumpulkan dalam Majlis Media Malaysia nanti," katanya.

HAWANA 2024 berlangsung selama tiga hari mulai semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan kemuncak sambutan pada Isnin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Caruman PERKESO Mulai 1 Julai Untuk Pengamal Media Sambilan - Fahmi

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Etika Tiang Seri Bidang Kewartawanan - Fahmi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi