web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Jangan Jadikan BlackRock Polemik Politik’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 6:08PM

Perdana Menteri ketika ditemui selepas solat Jumaat - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Syarikat BlackRock tidak seharusnya dijadikan medan politik pihak tertentu, semata-mata untuk menghasut rakyat.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembabitan BlackRock dalam pekstrukturan semula Malaysia Airport Holding Bhd tidak seharusnya dipolemikkan.

Semua pihak katanya, boleh sahaja untuk tidak bersetuju, namun ia perlu disuarakan dengan berhemah.

“Tak setuju tak mengapa, tapi jangan pula menafikan segala usaha diambil kerajaan untuk melahirkan sokongan ke atas Gaza.

“Isu di Gaza ini seharusnya menyatukan kita. Jangan biarkan penyatuan ini berpecah kerana isu BlackRock. Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini dulu?" katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di Petaling Jaya, hari ini.

Tegas beliau, pendirian kerajaan yang enggan menjalinkan kerjasama dengan semua syarikat beroperasi di Israel kekal tidak berubah.

“Bagaimanapun demi menjaga ekonomi negara, kita tidak boleh ambil pendirian sama ke atas syarikat berkaitan Israel yang ada di negara lain buat masa ini,” katanya

“Syarikat beroperasi di Amerika (Syarikat), Jerman dan China tapi pada masa sama berkaitan Israel, kita tak boleh batalkan kerana akan menjejaskan kewangan negara,” katanya.

Jelas Anwar, beliau mahu kekal lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin, namun pada masa sama tugas selaku Perdana Menteri dan menjaga ekonomi negara tidak boleh diketepikan.

“Saya tidak mahu melemahkan ekonomi negara ketika keras berjuang dan membela nasib rakyat Palestin.

“Tapi saya tidak akan berkonpromi dengan syarikat dari Israel,” katanya.  

Mutakhir ini, pembangkang lantang mengeluarkan dakyah kononnya BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB, sehingga menjadikan kerajaan sasaran kritikan dan kecaman ramai. - Getaran, 21 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki