web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Suspek Kedua Disyaki Terbabit Kes Buli Siber Esha Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 8:29AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori yang ditahan kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh media sosial A. Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha di reman empat hari mulai kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakukan aib)," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor pada Isnin lepas.

Ahmad Sukarno berkata tempoh reman suspek wanita itu tamat pada Rabu lalu dan kini dilanjutkan dua hari lagi.

Media sebelum ini melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada Jumaat lalu sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.

Laporan itu kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024