web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Rakyat Perpeluang Lihat Alat Kebesaran Diraja Sempena Pertabalan Agong

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2024 3:20PM

Sebahagian Alat Kebesaran Diraja yang akan dibawa pada istiadat pertabalan Agong pada 20 Julai ini. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rakyat berpeluang menyaksikan Alat Kebesaran Diraja yang akan dibawa dengan tertib oleh para panglima, hulubalang istana dan Dang Perwara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara alat kebesaran itu ialah pedang, keris panjang dan sundang Diraja, tiga senjata Melayu tradisional yang dijadikan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja serta payung ubur-ubur kuning dan tombak berambu.

"Alat kebesaran ini menjadi identiti atau imej pemerintah dan kerajaannya. Bagi Malaysia yang memelihara Institusi Beraja dengan mengangkat Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara, Alat Kebesaran Diraja ini diwarisi sejak kemerdekaan negara," menurut hantaran itu.

Acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat khas pada 19 Julai.

Pada malam 20 Julai akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadualkan berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, manakala Pameran Raja Kita di Muzium Negara akan diadakan pada 25 Julai.

Acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Terima Sentuhan Peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis