web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Beradik Sering Diabai, Pemilik Keropok Beracun Tampil Jelas Kisah Sebenar

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Aug 2024 7:50AM

Keropok beracun yang dimakan dua beradik hingga maut itu digantung di atas pagar yang tingginya lebih satu meter - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama berdiam diri dan menelan cemuhan ramai, pekebun yang terbabit dalam kes keropok beracun sehingga meragut nyawa dua beradik bulan lalu tampil menjelaskan kisah sebenar.

Berkongsi pengalaman pahit itu di Facebook, Uzair Shafawi berkata, dia menjadi mangsa fitnah dan kecaman ramai, termasuk keluarga mangsa yang katanya, bijak memutar belitkan fakta.

Susulan kenyataan yang diputar belit itu jelasnya, dia terpaksa merengkok di dalam lokap selama lapan hari.

“Akulah si pekebun yg ditahan tu atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa. Al Fatihah.

“Aku dok (duduk) dalam (lokap) lapan hari, buta je kena dok dalam. Memang niaya je aku kena. Mak dan juga tok (nenek) mangsa tu masih lagi tak ditahan,” katanya, kesal.

Uzair Shafawi menunjukkan jarak rumah mangsa dan rumahnya - Gambar Facebook
Uzair Shafawi menunjukkan jarak rumah mangsa dan rumahnya - Gambar Facebook

Dakwa Uzair, keropok beracun yang dimakan dua beradik berkenaan, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, sebenarnya digantung di atas pagar berketinggian 1.3 meter.

Jelasnya, adalah tidak masuk akal kanak-kanak berusia tiga dan dua tahun mampu mencapai ketinggian tersebut.

“Keropok tu bukan duduk dalam pagar tepi jalan tapi dalam pagar bersebelahan hutan area laluan kera dok masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat.

“Orang kampung dekat sini pun ada yang buat keropok sama dan gantung di pokok. Kalau budak tu ambik di pokok bukanlah yang aku punya. Mungkin tuan kebun yang lain yang letak. Dekat sini banyak kebun orang,” katanya.

Uzair menerusi hantaran sama turut meluahkan kekesalan kerana tidak pernah dihampiri media sejak kes itu berlaku bagi membolehkan dia mencerita kejadian sebenar.

“Selama terjadi kes ni satu wartawan pun tak mai (datang) rumah aku. Aku ada dekat rumah dan aku tak lari ke mana pun. Semua orang pi (pergi) rumah tok kepada budak-budak tu. Tok dia pulak banyak putar belit cerita.

“Kalau ada wartawan atau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) sini mai rumah aku, aku boleh ceritakan perkara sebenar tapi haram sorang pun tak mai rumah aku. Yang mai rumah aku adalah pihak polis je,” katanya.

Uzair turut memuji pendekatan pihak polis yang disifatkannya terbaik dalam menangani kes tersebut.

“Bagi aku pihak polis memang terbaik. Aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan-bukan. Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman je tok kepada budak-budak ni. Boleh datang kampung aku dan tanya orang kampung berdekatan rumah budak-budak tu,” katanya.

Mendakwa kedua-dua mangsa sering diabaikan keluarga, dia mendedahkan, mereka sering dibiarkan berkeliaran dan selalu dilihat memasuki hutan berhampiran yang dipenuhi ular berbisa.

Lebih menyedihkan jelas Uzair, dia pernah melihat dua kanak-kanak berkenaan berjalan sehingga ke rumahnya dalam keadaan lampin pakai buang dipakai dipenuhi najis.

“Kalau tak percaya boleh tanya orang kampung sini. Tok dia lagi la, memang tak ambik tahu langsung tentang budak-budak tu. Bila dah jadi kes macam ni dia nak play victim. Kebanyakan wartawan tanya tok dia, tok dia banyak menjawab tipu sahaja,” katanya kesal.

Menjawab soalan netizen mengenai penggunaan keropok beracun itu untuk menghapuskan kera, Uzair berkata, laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sudah dibuat sejak 2021 namun malangnya, tiada tindakan diambil.

“Siapa yang kata kenapa tak inform pihak PERHILITAN sebab masalah kera ni, aku dah inform pihak PERHILITAN dari tahun 2021 lagi tapi tak ada action. Bila jadi kes macam ni habis semua agensi turun.

“Sangkaq (sangkar) kera pun aku ada buat tapi dekat sini ada 100 hingga 200 ekor kera. Pekebun-pekebun tahu la macam mana nak hadap kera ni. Aku pulak hanya dapat sumber pendapatan dari hasil kebun sahaja,” katanya.

Muhammad Luth Syauqi - Gambar fail
Muhammad Luth Syauqi - Gambar fail

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2,  masing-masing menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada 10 serta 12 Julai lalu.

Kedua-duanya sebelum itu berada dalam keadaan kritikal kerana termakan keropok digaul racun tikus, dipercayai digunakan bagi menghapuskan kera liar yang sering merosakkan kebun penduduk setempat.

Insiden tragis itu berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar dekat Kulim, Kedah. - Getaran, 20 Ogos 2024

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah