web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Masalah Mental Bukan Punca Utama Jenayah Bunuh - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 10:02AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tidak semua kes bunuh dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah kesihatan  atau kecelaruan mental.

Pakar psikologi dan kriminologi, Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat dari Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, minat terhadap filem bercorak ganas juga bukan antara faktor utama yang menyebabkan seseorang cenderung untuk membunuh. 

Menurut beliau, masalah kesihatan mental atau gemar menonton filem ganas hanyalah faktor kecil yang mempengaruh individu untuk membunuh. 

"Bukan semua orang yang tonton filem ganas akan jadi pembunuh, dan tidak semua pembunuh adalah penggemar filem ganas. 

"Terdapat kes yang dilakukan oleh kanak-kanak, warga emas dan individu yang membunuh ini berpunca daripada perasaan cemburu, marah atau tidak puas hati terhadap mangsa," katanya.

Jelas Geshina hasil kajian pasukan penyelidiknya mendapati, pembunuhan di Malaysia majoritinya disumbangkan oleh faktor emosi (expressive murder) berbanding pembunuhan yang dirancang.

"Ini berdasarkan hasil interaksi pasukan saya dengan pembunuh yang sedang menjalani hukuman penjara, dan kajian penyelidik di seluruh dunia juga memperolehi hasil yang sama.

"Kajian ke atas pembunuh kurang siuman di beberapa bahagian di dunia termasuk England dan Wales, Australia, Amerika Syarikat dan Kanada mendapati hanya dua hingga enam peratus pembunuh terdiri daripada golongan ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) baru-baru ini, yang menggesa supaya platform penstriman dalam talian dikawal selia, manakala kandungan digital yang bersifat ganas dan kejam ditapis sebelum ditayangkan kepada umum. 

MCPF berkata, adegan keterlaluan tanpa tapisan seperti dipaparkan dalam filem aksi luar negara mudah diakses penonton menerusi platform penstriman ketika ini. 

Katanya, adegan ganas dan kejam seperti dipaparkan dalam filem boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan jenayah kejam seperti kes pembunuhan.

Beberapa pihak juga bersetuju bahawa pendedahan meluas kepada keganasan, terutamanya permainan dalam talian, serta isu kesihatan mental menjadi punca peningkatan kes bunuh mutakhir ini.

Antaranya, kes bunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang menggemparkan negara pada Disember tahun lalu. 

Kita juga dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mayatnya ditemui tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang pada Januari lalu. 

Mayatnya dikenal pasti lapan bulan selepas dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Beberapa hari selepas mayat Istiqomah ditemui, berlaku kes bunuh dan bakar hingga mengorbankan tiga sekeluarga di Pagoh, Johor.

Sebelum itu pada Julai lalu, negara juga digemparkan dengan kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang didakwa dibunuh seorang anggota polis.

Semak Undang-Undang Sedia Ada

Mengulas lanjut, Geshina mencadangkan supaya definisi kesalahan membunuh yang dinyatakan dalam Seksyen 300 Akta 574 dikaji semula.

"Kerajaan telah memperuntukkan hukuman seberat yang mungkin, namun ada yang menentang hukuman mati. Selepas bertahun-tahun berbincang dan membuat pertimbangan, kerajaan meminda undang-undang berkaitan bagi membolehkan pilihan lain tetapi kes bunuh masih berlaku.

"Ini bermakna ada keperluan untuk mengkaji faktor psikososial dan kriminogenik yang menjadi asas kepada niat dan tindakan pelaku," katanya. – Getaran, 28 Ogos, 2024

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor