web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tanah Jerlus: Pasukan SAR Guna Pelbagai Kaedah Termasuk Ujian Botol

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Aug 2024 7:33PM

Razarudin Husain - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus telah menggunakan pelbagai kaedah, termasuk melakukan ujian melepaskan botol dari lurang kumbahan berdekatan lokasi kejadian, di Jalan Masjid India di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil ujian itu mendapati, objek berkendan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

"Kalau mengikut aliran air, (laluan) sepanjang 5.3 hingga 6 kilometer dari lokasi kejadian tanah jerlus hingga ke loji IWK Pantai Dalam," katanya selepas meninjau operasi SAR dan melawat keluarga mangsa di Jalan Masjid India di sini, hari ini.

Razarudin berkata lebih 115 anggota pasukan SAR terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IWK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), terlibat dalam operasi yang masuk hari kelima hari ini.

Bellau berkata pasukan SAR turut menggunakan teknologi kamera di lurang kumbahan bagi mengesan mangsa.

"Pada hari ini juga Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains turut hadir melakukan pemantauan di lokasi kejadian, termasuk melakukan imbasan," katanya.

Razarudin turut memaklumkan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keadaan keselamatan di lokasi berhampiran kejadian dan jangan terpengaruh dengan maklumat di media sosial yang mendakwa kawasan Masjid India tidak selamat.

Pada Jumaat, seorang wanita Vijayaletchumi, 48, dari Andhra Pradesh, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jelus, ketika berjalan kaki di kawasan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR yang diaktifkan pada hari sama, antara lain telah menggunakan teknik flushing, jetter dan alat pengesan bawah tanah atau Radar Pengesan Bawah Tanah (GPR) untuk mencari mangsa, namun setakat ini masih belum menemukan wanita itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah