web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dana Khas Bantuan PKP RM14.6 juta Diperkenan Sultan Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 12:14PM

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bagi meringankan beban ditanggung rakyat jelata di negeri ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan dana khas bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM14.6 juta menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Yang Dipertua MAIPk, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, baginda menitahkan sebanyak RM10.9 juta untuk bantuan kecemasan kelangsungan hidup bagi rakyat yang kehilangan sumber pendapatan.

Menurutnya, bantuan itu adalah untuk ketua isi rumah dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau atas sebab-sebab munasabah lain.

“Pembiayaan berjumlah RM1.5 juta turut mencakupi bantuan pakej tablet dan data internet usahawan serta pelajar sekolah.

“Dana berjumlah RM606,000 juga disediakan MAIPk bagi tajaan peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera Jabatan Kesihatan Perak,” katanya di sini hari ini.

Mohd Annuar berkata, rizab berjumlah RM200,000 pula disediakan di bawah Program Vaksinasi COVID-19 MAIPk, rizab RM200,000, khusus membiayai proses pemberian vaksin kepada golongan berisiko tinggi.

Beliau memberitahu, sumbangan berjumlah RM400,000 turut disalurkan menerusi agensi berkaitan untuk keperluan kebajikan petugas barisan hadapan COVID-19.

Menurutnya, turut disediakan ialah bantuan operasi berjumlah RM400,000 untuk pusat jagaan anak yatim dan rumah jagaan warga emas, termasuk yang dikhususkan untuk penghuni beragama Islam.

“Bantuan kebajikan pelajar luar negara berjumlah RM200,000 pula disediakan bagi kegunaan pelajar yang sedang berada di luar negara.

“Jumlah sama disediakan untuk tajaan bekalan makanan untuk pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah atau maahad tahfiz yang menginap di tempat pengajian semasa tempoh PKP,” katanya.

Menurut Mohd Annuar, keperluan golongan gelandangan juga diberi perhatian, menerusi saluran RM200,000 kepada Pusat Gelandangan Sementara di bawah kendalian kerajaan negeri, bagi membiayai keperluan asas penjagaan diri, ubat-ubatan serta makanan tambahan.

“MAIPk turut memberikan pengecualian bayaran sewa dan pajakan hartanah wakaf berjumlah RM98,000, serta hartanah baitulmal berjumlah RM50,000 di premis atau tapak perniagaan MAIPK bagi bulan Jun 2021.

“MAIPk juga akan mengkaji tempoh pengecualian bayaran sewa dan pajakan, tertakluk kepada tempoh PKP 3.0 sama ada dilanjutkan atau tidak,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki