web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kepayahan Ibu Jadi Azimat Anak Tunggal Catat Keputusan 9A+

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 3:16PM

Muhamad Asshmar (kanan) sudah menyimpan cita-cita untuk memperolehi keputusan terbaik dalam SPM sejak tingkatan 1 lagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR BAHARU - Kepayahan dilalui ibu selepas kematian suami kira-kira lapan tahun lalu, menjadi pendorong kepada Muhamad Asshmar Haiqal Zamri, 18, untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya mencatat keputusan 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani itu, dia sememangnya menyimpan hasrat untuk mengubah nasib keluarga bagi membalas pengorbanan dilakukan ibunya, Shobita Yusop, 42.

“Saya bukan hadir dari keluarga yang senang dan ekonomi keluarga juga ada kalanya tidak stabil. Sebab itu dari tingkatan satu lagi, saya sudah menyimpan cita-cita untuk memperolehi keputusan terbaik ‘Straight A+’ dalam SPM bagi membahagiakan ibu.

“Selepas ini saya mahu teruskan cita-cita untuk belajar di United Kingdom (UK) dan sedang mempertimbangkan untuk menjadi saintis data serta terlibat dalam dunia ekonomi satu hari nanti. Semua ini saya lakukan demi ibu yang sentiasa memberi sokongan seratus peratus terhadap apa jua perkara yang hendak saya capai,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Selain cemerlang dalam pelajaran, Asshmar juga jelas memiliki sifat kepimpinan apabila turut dipertanggungjawabkan sebagai ketua pelajar di sekolahnya itu.

Ditanya petua sehingga berjaya menghasilkan keputusan membanggakan itu, Asshmar yang merupakan anak tunggal berkata, dia sememangnya memberi tumpuan penuh terhadap pembelajaran dalam kelas.

“Itulah waktu paling mudah untuk menerima ilmu dan mendapatkan kefahaman kerana kita sememangnya berdamping dengan guru.

“Diakui, saya bukanlah seratus peratus rajin dalam mengulang kaji pelajaran, namun saya akan berusaha memahami konsep kerana tindakan menghafal semata-mata ada kalanya membawa kita ke jalan buntu memandangkan soalan ditanyakan lebih kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)," katanya.

Dalam masa sama katanya, dia turut gemar menjadi tutor atau membantu pelajar lain  kerana langkah itu turut membolehkannya lebih memahami penyelesaian dalam pembelajaran.

Sementara itu, Shobita turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian anaknya itu.

“Dari sekolah rendah dulu, Asshmar kalau periksa apa pun, memang selalu berada di kedudukan pertama. Saya gembira kerana kecemerlangannya itu diteruskan hingga ke hari ini.

“Ketika ini saya menyara keluarga dengan mengusahakan kantin sekolah. Apabila negara ini dilanda pandemik COVID-19, memang pendapatan kami terjejas dan saya hanya mengambil upah daripada orang kampung untuk memasak nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya.

“Jadi saya berharap Asshmar dapat meneruskan kecemerlangan ini. Saya mahu dia jadi insan berjaya supaya dapat mengubah nasib keluarga dan tidak lagi melalui kepayahan dilalui ibunya ketika ini,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Isa Samad 6 Mac

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki