web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik Hadap 5 Tuduhan Cabul 2 Wanita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 3:44PM

Philip Among - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencabul dua wanita di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Philip Among @ Daniel Dell Fidelis, 52, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Philip didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita di ruang tamu Hotel Capsule Inn, Asia City dalam daerah Kota Kinabalu, pada 17 April 2021, jam 11 malam.

Manakala empat pertuduhan lain membabitkan kesalahan gangguan seksual terhadap seorang peserta Unduk Ngadau berusia 21 tahun di empat lokasi berasingan sekitar Kota Kinabalu, pada 19 Mei 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Mohd Ali kemudian meminta tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan selepas mengambil kira kedudukan kes yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Marcel Jude dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah memohon mahkamah mengurangkan jumlah tersebut memandangkan tertuduh memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan, selain mengambil kira sumbangannya terhadap masyarakat, dan pendapatan sebagai ahli perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, tertuduh juga mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan akibat serangan strok di hospital.

Majistret Jessica Ombou Kakayun kemudian membenarkan Philip diikat jamin sebanyak RM40,000 atau RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan pengurusan kes pada 14, 21 dan 22 Julai depan.

Tertuduh turut mengarahkan Philip menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Philip ditahan pada 3 Jun lalu selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang peserta Unduk Ngadau pada 19 Mei lepas.

Mangsa mendakwa diraba  beberapa kali di belakang badan, paha dan leher dalam kereta tertuduh ketika dalam perjalanan makan malam selepas menjalani penggambaran program Unduk Ngadau di  Studio Darvel Bay Borneo Holidays, Asia City. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Ebit Lew, Bukit Aman Tunggu Saksi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jurulatih Beri Kenyataan Jelik, PDRM Mulakan Siasatan Dalaman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ahli Politik Raba Peserta Unduk Ngadau, Pekerja Beri Keterangan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ahli Politik Dakwa Raba Peserta Unduk Ngadau Ditahan Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad