web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zahid Tiba Mengadap Agong Di Istana Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 10:25AM

Toyota Velfire berwarna putih yang membawa Zahid tiba di Pintu 2 Istana Negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pintu 2 Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, jam 9.55 pagi tadi.

Kehadiran beliau yang menaiki Toyota Velfire berwarna putih itu adalah susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima mengadap barisan kepimpinan politik tanah air, berhubung situasi semasa melatari negara ketika ini.

Turut dijadualkan mengadap baginda hari ini adalah Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran pada jam 11 pagi.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili pula dijangka mengadap baginda petang nanti.

Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menerima mengadap ketua-ketua parti bagi mendapatkan gambaran jelas situasi negara dan bertukar buah fikiran.

Memulakan mengadap adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu disusuli oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada hari sama.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad