web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PIKAS Berupaya Kawal Penularan Covid-19 Di Sektor Perkilangan, Pembuatan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 3:33PM

Muhyiddin beramah mesra bersama doktor yang bertugas pada PIKAS di pejabat Texas Instrument Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dijangka berupaya mengawal penularan kes COVID-19 di sektor perkilangan dan pembuatan, sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sektor berkenaan harus diberi perhatian kerana ia antara yang terkesan akibat penularan jangkitan di tempat kerja.

“PIKAS merupakan langkah diambil Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk bantu kurangkan kadar COVID-19 di negara kita, memandangkan kes sejak beberapa bulan lepas masih didapati berlaku dalam sektor tempat kerja, sama ada dalam kilang atau tempat mereka tinggal.

“Ini kerana sebahagian besar majikan didapati masih tidak patuh dengan peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 pindaan 2019 (Akta 466),” katanya selepas meninjau proses vaksinasi PIKAS di Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd hari ini.

PIKAS yang bermula hari ini dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. 

Muhyiddin berkata selain pengurusan wabak COVID-19 yang menyasarkan pengurangan kes dan pengurangan beban di fasiliti kerajaan, tumpuan turut diberikan dalam memastikan jumlah suntikan vaksin dapat ditingkatkan dengan cepat dan menyeluruh dengan sasaran 300,000 suntikan sehari.

Bagaimanapun beliau berkata ia amat bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang diterima mengikut jadual ditetapkan, memandangkan ketika ini bekalan diterima secara berperingkat dan bukannya secara ‘lump sum’. 

“Sebagai contoh di kilang ini (Texas) saya diberitahu setiap hari sekitar 300 (disuntik vaksin) tetapi dia mempunyai keupayaan suntik vaksin sekali ganda, namun bekalan vaksin terpaksa diagihkan di banyak tempat dan penerimaan vaksin datang secara berperingkat, ia bukan sekali gus,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin turut menggesa badan bukan kerajaan membantu dalam usaha meningkatkan proses pendaftaran vaksin di seluruh negara bagi memastikan perancangan untuk melaksanakan proses vaksinasi secara menyeluruh dapat dicapai dengan jayanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad