web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pilih Pemimpin Yang Berkeupayaan, Tiada Kepentingan Peribadi - Ku Li

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 5:16PM

Tengku Razaleigh berkata rakyat yang dibelenggu kemiskinan kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan serta kefahaman mendalam harus dipilih bagi menangani krisis COVID-19 dan krisis ekonomi tanpa membabitkan kepentingan peribadi atau fahaman politik.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemilihan itu harus dibuat Raja-Raja Melayu selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja.

Menurut beliau, tanggungjawab berkenaan perlu dipikul seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi.

“Pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa, demi memimpin kerajaan mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang,” katanya di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, perlembagaan dan institusi negara tidak terbentuk untuk menghadapi keadaan yang sedang melanda negara sekarang.

“Terdapat tiga kekurangan Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih perdana menteri daripada kalangan wakil rakyat.

“Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada wakil rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, rakyat terutamanya mereka yang dibelenggu kemiskinan kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa.

Justeru katanya, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab memainkan peranan Perlembagaan untuk memilih pemimpin yang selayaknya.

“Sesungguhnya, kita berada dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya seperti mana keadaan terdahulu?

“Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi. Ia tidak dapat menangani pelbagai masalah berkaitan ekonomi yang dihadapi serentak, termasuklah masalah pengangguran tinggi dan kehilangan pendapatan.” jelasnya lagi.

Tegas beliau, Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan, malah terdapat ahli yang tidak menepati peruntukan Perlembagaan berkaitan pemilihan, sekali gus menjadikan ia satu penipuan.

“Tidak terdapat peruntukan di dalam perlembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah, negara sedang menghadapi situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Calon Veteran Masih Relevan Di Kawasan Tertentu

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Calon Termuda 23 Tahun, Dr Mahathir Kekal Calon Paling Tua 97 Tahun

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Tun M, Ku Li Dinasihat Tarik Diri, Jadikan Malaysia Kembali Hebat

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ku Li, 85, Sedia Pertahan Gua Musang Bagi Penggal Ke-13 Jika Dipilih Calon

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan