web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Telefon Percuma, Lebih Baik Ada Daripada Tiada - MB Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 6:27PM

Saarani Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Telefon pintar yang diberikan secara percuma oleh Yayasan YTL kepada pelajar untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disahkan bersesuaian, serta berjaya membantu ribuan pelajar dalam kalangan B40.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pemberian itu dipersetujui Mesyuarat Exco Kerajaan Perak, selepas yayasan berkenaan datang berbincang dan memberikan taklimat mengenai sumbangan itu.

Menurutnya, kualiti peranti itu juga sudah dijelaskan oleh yayasan iaitu didatangkan dengan memori 1GB dan storan 8GB, selain sesuai digunakan untuk PdPR sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju menerima sumbangan berkenaan.

“Saya tidak pasti pula apa punca yang menyebabkan ada orang mempertikaikan sumbangan percuma ini. Ini sumbangan percuma oleh Yayasan YTL.

“Bila kita susah, orang sedekah apa pun kita terima. Tiadalah nak demand-demand kan. Masa kita tengah susah ini orang bagi ikan sardin, jadi ikan sardinlah kita makan, tiadalah demand nak makan ayam pula,” katanya, sinis.

Saarani menegaskan, telefon berkenaan diberikan secara percuma dan diterima kerajaan negeri, sebelum diedarkan kepada pelajar.

“Jadi kita hendak memberitahu bahawa telefon pintar itu adalah diberikan secara percuma dan kami menerimanya dan telah pun mengedarkan kepada pelajar,” katanya dalam sidang media secara maya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan telefon berkualiti rendah dan tidak memenuhi piawaian PdPR, seperti yang tular di media sosial.

Saarani berkata, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud juga sudah membuat semakan dan mendapati telefon yang diagihkan sama seperti ditunjukkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini, sudah 13,000 unit telefon diedarkan kepada pelajar terpilih yang disenaraikan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Perak.

Sementara itu, mengenai laporan terdapat telefon sumbangan tersebut yang terbakar, beliau menjelaskan bahawa ia adalah kes terpencil dan tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak kerajaan negeri.

“Daripada 100,000 unit yang diedarkan hanya satu terbakar. Takkan itu kita akan jadikan punca untuk buat siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

YTL Power Sahkan SPRM Minta Maklumat Projek 1Bestarinet

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah