web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Mak Intan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Feb 2021 2:04PM

Allahyarhamah Halijah Idris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR : Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan ia sudah termaktub di dalam firman Allah SWT, seperti terkandung di dalam ayat ke-57, surah Al Ankabut.

Sehari selepas kisah Pak Mie Shelter disiarkan di Getaran, Halijah Idris, 73 atau mesra dikenali sebagai Mak Intan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pagi tadi.

Allahyarhamah yang juga isteri kepada pengasas Pak Mie Shelter, Md Azmi Ismail atau Pak Mie, disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, selepas sekian lama bertarung dengan kanser ovari.

Anak sulung pasangan terbabit, Mejar (B) Badirol Hisham Ramli, 54 berkata, jenazah ibunya dibawa ke Masjid Al Bukhary di Jalan Langgar untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan milik masjid.

Nama pasangan itu menjadi sebutan, apabila usaha murni mereka menjaga hampir seribu anjing dan kucing jalanan meraih perhatian masyarakat dengan tertubuhnya Pak Mie Shelter pada 2012.

Kemuliaan hati suami isteri terbabit menjadi kekaguman pelbagai pihak, apatah lagi pusat itu pada awalnya hanya digerakkan menerusi biaya sendiri, sebelum mula menerima sumbangan orang ramai.

Pak Mie bagaimanapun meninggal dunia pada 2015 akibat serangan angin ahmar dan pendarahan otak di Hospital Ampang, dan sejak itu, perjuangan membantu haiwan jalanan berkenaan disambung oleh Mak Intan.

Getaran semalam melaporkan, Pak Mie Shelter berdepan kesukaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang mengakibatkan sumber kewangan mereka menyusut dengan mendadak.

Situasi itu bertambah buruk apabila pusat perlindungan terbabit turut menerima arahan notis berpindah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), bagi memberi laluan kepada projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan Kota Setar. – Getaran, 10 Februari 2012

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang