web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suntik Dahulu, Daftar Kemudian Bantu Penduduk Pedalaman Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 8:44AM

Orang ramai menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di kawasan PKPD Kunak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK - Kaedah suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in atau ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ berjaya membantu 5,670 penduduk di mukim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sini mendapatkan dos masing-masing hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kunak, Dr Izaidi Salman Yazid berkata, pihaknya menyedari kewujudan beberapa masalah utama yang menghalang penduduk mendaftar secara dalam talian.

Menurut beliau, ketiadaan liputan internet dan dan kemudahan gajet adalah antara kekangan yang sering berlaku, sekali gus mendorong jentera kesihatan di situ merangka satu kaedah lain yang lebih efektif.

“Kaedah walk-in teryata amat berkesan dalam membantu penduduk menerima vaksin, sebelum proses pendaftaran secara rasmi dilakukan menggunakan aplikasi My Sejahtera.

"Daripada hampir 6,000 penerima vaksin, dianggarkan 80 peratus daripadanya menggunakan kaedah walk-in manakala selebihnya berdaftar menerusi MySejahtera,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Izaini menarik perhatian, beliau optimis sasaran 6,000 penduduk iaitu kira-kira separuh dari populasi di kawasan berkenaan akan berjaya dicapai dalam masa terdekat.

"Sebagai rekod, sebanyak 17 buah kampung membabitkan 12,142 penduduk berada di kawasan PKPD, termasuk beberapa perumahan kakitangan kerajaan dan rumah kedai.

"Dengan jumlah penerima yang dicatatkan setakat ini, saya yakin sasaran 6,000 itu mampu dicapai pada kadar segera,” katanya.

Ketika ditanya mengapa memilih kawasan PKPD sebagai lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), beliau menggariskan beberapa faktor, antaranya keluasan kawasan yang lebih besar dan kepadatan penduduk.

"Di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan yang membolehkan proses pemberian vaksin dilakukan tanpa memerlukan penduduk keluar dari zon PKPD," katanya.

Dr Izaidi memberitahu, penubuhan Agen Kesihatan Komuniti (AKK) yang dicadangkan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kunak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penerima vaksin di daerah tersebut.

Terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pemimpin masyarat di peringkat kampung, AKK ini bertindak menjadi penghubung antara pihak berkuasa dengan penduduk.

"Ia juga menjadi agen untuk menyakinkan penduduk mengenai pengambilan vaksinasi, termasuk bilangan individu yang mahu mendaftar, sekali gus memudahkan pengumpulan data lebih tepat di peringkat PKOB,” katanya. – Getaran, 18 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan