web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


25 Petugas Positif COVID-19, Kilang Plastik Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 6:56PM

Datuk Rahmad Mariman - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, di sini, diarahkan tutup selama tujuh hari selepas 25 pekerjanya disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, arahan penutupan sehingga 25 Jun itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Beliau berkata, perkembangan itu sekali gus membawa kepada penemuan satu lagi kluster baharu di negeri ini, dikenali sebagai Kluster Industri Ayer Keroh yang diumumkan semalam.

“Setakat ini seramai 101 kontak rapat sudah dikesan, membabitkan pekerja kilang serta keluarga mereka dan semuanya sudah menjalani ujian saringan.

“Penutupan kilang itu bertujuan untuk meneruskan proses pengesanan kontak rapat selain membolehkan proses sanitasi dilakukan di keseluruhan premis,” katanya.

Menurut Rahmad, hanya sebuah sahaja kilang di kawasan berkenaan yang disahkan berdepan penularan COVID-19 ketika ini.

Sementara itu, beliau berkata, satu saringan berskala besar dilakukan JKN semalam, susulan peningkatan jumlah kes di Taman Seri Serkam, Jasin.

“Kira- kira 70 individu disahkan positif COVID-19 dan mereka ini datang daripada enam kluster berlainan di kawasan itu.

“Seramai 566 individu sudah dipanggil JKN untuk menjalani Pengesanan Kluster Aktif dan daripada jumlah itu, 36 telah menjalani ujian calitan dengan seorang disahkan positif COVID-19,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan