web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpisah Dari Kawanan, JHL Selamatkan Anak Gajah Borneo

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 5:33PM

Yuri kini berada di Pusat Rehabilitasi Orangutan Sepilok, Sandakan untuk penjagaan dan pemantauan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seekor anak Gajah Borneo berjaya diselamatkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) selepas terpisah dari kawanannya di ladang Felda Sahabat 9 Baiduri Ayu, Khamis lalu.

Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, anak gajah yang dianggarkan berusia kurang setahun itu ditemui pekerja ladang pada 15 Jun lalu.

“Kami bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan dan berjaya menemui anak gajah berkenaan.

“Usaha untuk mencari kawanan gajah turut dilakukan bagi mengembalikan haiwan sesat itu ke habitat asal,” katanya.

Malangnya, Silvester memberitahu, anak gajah itu tidak diterima kawanan gajah dewasa.

Perkembangan itu jelas beliau memaksa pihaknya memaklumkan insiden berkenaan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) untuk tindakan lanjut.

“Anak gajah itu dinamakan Yuri singkatan daripada Baiduri Ayu iaitu lokasi ia ditemui.

“Pemeriksaan mendapati Yuri mengalami sedikit kecederaan iaitu di bahagian kepala dan kulit hadapan,” katanya.

Walaupun Yuri tidak minum bancuhan susu disediakan, anak gajah itu berupaya makan makanan pejal seperti batang pisang dan air bersih, selain memiliki sistem pembuangan air besar dan kencing yang baik.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JHL Sabah Dr Sen Nathan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Memandangkan Yuri tidak diterima dalam kawanan gajah sedia ada, maka ia ditempatkan di Pusat Rehabilitasi Orangutan Sepilok, Sandakan untuk penjagaan dan pemantauan.

“Semua kerja pemindahan berjaya dilakukan Khamis lalu,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad