web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wawa Wahid Enterprise Direman 2 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 3:14PM

Polis menunjukkan pakaian yang dirampas daripada seorang wanita selepas didakwa menengking anggota polis di SJR Jalan Kepayan, Kota Kinabalu. Wanita itu direman 2 hari mulai hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang didakwa menengking anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan, direman selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Lintas, jam 11.20 pagi semalam.

"Polis turut merampas pakaian yang dikatakan dipakai wanita tersebut, kunci kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan.

"Dalam pada itu, polis turut mengambil keterangan seorang pegawai dan tujuh anggota polis serta Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas pada hari kejadian," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbaalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Suspek memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan dilakukan," katanya.

Minggu lalu, tular dua video di media sosial, memaparkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Difahamkan, wanita tersebut ditahan pada 1 Jun lalu, sebelum disaman akibat cukai jalan yang tamat tempoh sejak awal tahun ini.

Dalam rakaman video itu, suspek dilihat beberapa kali meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan 'biadap' sebelum beredar dari lokasi.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi, termasuk kecaman akibat perbuatannya yang disifatkan melampaui batas. – Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad