web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ubah Feri Pulau Pinang Hakis Nilai Sejarah - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 9:56PM

Guan Eng berkata keputusan Kementerian Pengangkutan itu pasti akan menerima ‘balasan setimpal’ daripada penduduk Pulau Pinang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan mengubah feri Pulau Pinang menjadi restoran, muzium terapung dan kapal persiaran hanya akan mengikis nilai sejarah yang ada pada perkhidmatan ikonik berkenaan.

Bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, feri Pulau Pinang amat disayangi rakyat negeri berkenaan, malah menjadi antara mercu tanda kebanggaan Pulau Mutiara selama ini.

Menurut beliau, keputusan Kementerian Pengangkutan itu pasti akan menerima ‘balasan setimpal’ daripada penduduk Pulau Pinang.

“Mengubah feri Pulau Pinang menjadi restoran, muzium terapung dan kapal persiaran menjadikannya sesuatu yang berbeza. Ini mengikis nilai warisan & nostalgia sejarah dengan meneruskan perkhidmatan feri ikonik yang sangat disayangi orang Pulau Pinang dan juga rakyat Malaysia.

“Rakyat Pulau Pinang akan ‘membalas balik’ Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong atas sumbangan mereka dalam menamatkan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang tidak lagi mengangkut kenderaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) beberapa hari lalu mengumumkan penyerahan lima feri ikonik negeri kepada syarikat berkelayakan mulai 1 Julai depan, bagi membolehkan ia diubah suai menjadi muzium, restoran terapung dan kapal pelancongan.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng berkata, majlis penyerahan akan dibuat secara maya sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dilanjutkan. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Selera 3 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan