web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Solat Fardu, Jumaat Dibenar Untuk Rakyat Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 11:13AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini membataskan sebahagian besar aktiviti, termasuk membabitkan hal keagamaan.

Ia mencakupi larangan ke atas semua kegiatan yang boleh melanggar peraturan penjarakan fizikal, bagi memastikan bilangan kes dapat dibendung sekali gus mendatarkan lengkungan jangkitan.

Hampir sebulan, umat Islam dilarang menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau atau masjid, walaupun dalam tempoh itu, kebanyakan negeri membenarkan 12 hingga 30 jemaah untuk menunaikan solat berjemaah pada satu-satu masa.

Khabar gembira bagaimanapun akhirnya jatuh ke riba rakyat negeri Kelantan, susulan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang membenarkan kapasiti jemaah ditambah sehingga 30 peratus daripada keluasan surau atau masjid.

Abbul Satar Abdullah
Abbul Satar Abdullah

Imam Muda Masjid Muhammadi Kota Bharu, Abbul Satar Abdullah berkata, keputusan itu disambut baik dan adalah berita yang amat menggembirakan masyarakat Islam negeri ini.

Katanya, ramai yang mahu menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau, tetapi hampa susulan peraturan ditetapkan sebelum itu.

"Sebagai imam di sini, saya sangat gembira kerana masjid utama di Kelantan kembali dipenuhi jemaah mulai hari ini.

"Masjid ini dapat memuatkan 4,000 jemaah pada satu masa, bayangkan betapa suramnya keadaan apabila peraturan sebelum ini hanya membenarkan 12 hingga 30 jemaah sahaja,” katanya kepada Getaran.

Abbul Sattar menarik perhatian, keputusan terbaharu itu membolehkan masjid terbabit menampung sehingga seribu jemaah pada satu-satu masa selepas ini.

"Pengumuman MAIK itu diyakini dapat mengimarahkan semula masjid dengan kehadiran lebih ramai jemaah, malah menggembirakan orang ramai apabila mereka dapat menunaikan solat fardu atau Jumaat seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Masjid Muhammadi di sini, hari ini.

Mohd Hafizuddin Mohd Hanafi
Mohd Hafizuddin Mohd Hanafi

Seorang jemaah, Mohd Hafizuddin Mohd Hanafi, 35, berkata, peraturan yang dilaksanakan sebelum ini membuatkan penduduk sekitar terpaksa berebut, kerana hanya individu terawal sahaja berpeluang menunaikan solat di premis berkaitan.

"Keputusan MAIK ini memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam setempat untuk berjemaah di masjid dan surau.

“Ramai yang rindukan suasana solat secara berjemaah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah (jemaah) yang dihadkan,” katanya.

Mohd Hafizuddin berkata, kebenaran yang diberi kerajaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai tetapi pada masa sama, mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebagai rakyat, saya akan memastikan semua SOP dipatuhi bagi membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19.

"Saya juga berharap jemaah lain sama-sama mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran diberikan itu turut mencakupi aktiviti lain seperti kuliah agama dan kelas mengaji Al Quran.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, kedua-dua aktiviti itu bagaimanapun tetap tertakluk kepada kapasiti sama.

“Perkara ini sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam Negeri.

"SOP bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini," katanya. - Getaran, 12 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global