web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAKIM Perlengkap 160 Pegawai Tangani Kes Kemurungan - Zulkifli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 10:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang melengkapkan 160 pegawai mereka di hospital seluruh negara, dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan ‘ilaj syarie’ (rawatan Islam), untuk menangani kes kemurungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam berkata, perkhidmatan berkenaan akan diperluaskan ke agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan.

Zulkifli berkata, perkhidmatan berkenaan adalah bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan, dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital sendiri akibat pandemik COVID-19 dan permasalahan lain.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post Jakim yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan ‘Spiritual Provider’ lantikan Hospital Rehab Cheras (Hospital Rehabilitasi Cheras), akan diberi latihan,” katanya.

Menurut Zulkifli, tindakan menempatkan pegawai JAKIM itu juga adalah di samping inisiatif MyCareCOV19, yang bermula pada April 2020.

MyCareCOV19 merupakan inisiatif Jakim bersama rakan strategik agensi lain, dalam menyediakan bantuan kerohanian atau ‘spiritual’, bagi membantu masyarakat Islam dan bukan Islam menangani permasalahan serta isu sosial dan komuniti yang timbul, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

2

Semasa 4 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan