web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya Panggilan Video Jadi Pengganti Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 9:07AM

Hanya Panggilan Video Jadi Pengganti Diri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Perbezaan agama dan jarak yang memisahkan ahli keluarga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah penghalang untuk meneruskan tradisi makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu Datin Norhana Ng Abdullah, 63, berkata acara itu sudah sebati dalam diri beliau dan tidak akan lupakan begitu sahaja namun kali ini, ia terpaksa disambut dengan cara yang berbeza bersama dengan enam adik-beradiknya.

“Tahun ini, kita hanya bersua muka dan bermesra melalui panggilan video sahaja. Walaupun tidak boleh berjumpa, sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu apabila melihat wajah mereka yang semuanya ceria bersama keluarga.

"Paling penting bagi saya adalah hubungan persaudaraan itu tidak terputus walau apa jua dugaan yang datang termasuk PKP yang memisahkan secara fizikal namun tidak menjejaskan kemesraan dan ingatan antara kami semua," kata beliau ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Pengkalan Maras hari ini.

Norhana, yang sudah 37 tahun memeluk agama Islam, kelihatan begitu gembira berbual melalui panggilan video dengan adik-adiknya termasuk tiga yang berada di London, United Kingdom, seorang di Filipina dan dua lagi di Kajang, Selangor. 

Beliau berkata majlis makan besar di kediamannya hari ini juga sangat istimewa kerana dapat berkumpul bersama dengan tiga anaknya iaitu Nur Dini Mohamed Anuar, 25, Muhamad Faiz, 23, dan Noraishah Mohamed Anuar, 27, selain menantu, Muhamad Faris Hadi Zulkiflee, 27, dan cucu yang baru berusia tiga hari, Amelia Arissa Liyanne. 

Norhana dan anak-anak perempuannya tampil cantik berpakaian sedondon baju kurung berwarna merah manakala yang lelaki memakai baju T rona sama untuk menceriakan majlis itu.

"Kebiasaannya, kami sekeluarga akan ke rumah dua adik di Kajang untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan melakukan pelbagai aktiviti seperti memasak makanan tradisional kegemaran keluarga secara bergotong-royong.

"Mereka sudah tahu apa larangan Islam yang perlu kami elak untuk makan dan itu bukan masalah besar kerana kami saling memahami dan menghormati antara satu sama lain," katanya yang sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Terengganu.

Meskipun sukar untuk berkumpul bersama dengan ketujuh-tujuh beradik secara serentak kerana faktor lokasi, Norhana berkata beliau tetap gembira kerana dapat bersama dengan dua adiknya di Kajang pada tahun-tahun sebelum ini.

"Paling seronok apabila kami di Kajang berkumpul beramai-ramai untuk buat panggilan video bersama tiga adik yang turut berkumpul di London dan seorang lagi di Filipina.

"Namun siapa sangka tahun ini kami semua terpaksa berhubung melalui kaedah itu. Semua kena duduk bersama keluarga kecil masing-masing sahaja malah tiga beradik yang berada di London juga tidak dapat berkumpul bersama hari ini kerana di sana juga ada perintah sekatan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata meskipun sedih, mereka akur serta berharap kekangan untuk berjumpa secara fizikal akan segera tamat dan dapat bertemu semua insan tersayang seperti biasa secepat mungkin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah