web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon Kena Kuarantin: Peperiksaan Dijadualkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 9:21AM

Calon disahkan positif COVID-19 diberi peluang duduki peperiksaan yang dijadualkan semula - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon peperiksaan utama yang dijadualkan bermula pada bulan ini, yang diarahkan menjalani kuarantin ataupun didapati positif COVID-19, perlu mengemukakan dokumen pengesahan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan, yang dijadualkan semula.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, dokumen tersebut akan menjadi bukti mereka telah menerima rawatan mahupun berjumpa dengan doktor.

“Ada kemungkinan, calon mungkin masa nak pergi ke pusat peperiksaan, mereka rasa seperti tidak mahu pergi dan ingin menduduki peperiksaan yang dijadualkan semula. Ini tidak dibenarkan, tanpa bukti (mereka) tidak dibenarkan duduki peperiksaan dijadualkan semula,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program temu bual Bernama Radio di sini, hari ini.

Peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dijadual bermula pada 22 Feb, diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020, serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.

Pada 22 Jan, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, Kementerian Pendidikan akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir kerana disahkan positif COVID-19 atau menjalani kuarantin wajib.

Sementara itu, Pkharuddin berkata semua calon wajib memakai pelitup muka di sekolah, pusat peperiksaan dan sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan, kerana mereka akan berada dalam kumpulan yang ramai.

Pada masa sama, katanya setiap calon mesti membuat pengisytiharan kesihatan pada setiap hari, dan tindakan itu boleh dilakukan menerusi dua kaedah yang ditetapkan.

“Pertamanya, calon boleh mendapatkan borang deklarasi saringan COVID-19 ini yang disediakan pihak sekolah atau sektor penilaian dan peperiksaan jabatan pendidikan negeri. Borang ini hendaklah dilengkapkan lebih awal dan diserahkan kepada petugas pengawas peperiksaan di pintu masuk sekolah ataupun pusat peperiksaan.

“Yang keduanya, borang ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di https://lp.moe.gov.my atau portal Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan calon yang suhu badan melebihi paras 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaan mahupun kawasan sekolah, dan sekiranya dikesan lebih awal, mereka boleh memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri bagi calon persendirian.

“Jadi perkara ini akan menyebabkan mereka perlu pergi menerima rawatan di hospital ataupun klinik dan dapatkan pengesahan doktor, menyatakan bahawa mereka sebenarnya bergejala bukan kerana COVID-19, barulah kemudiannya mereka dibenarkan duduki peperiksaan,” kata Pkharuddin.

Jelasnya lagi, terdapat juga kelonggaran bagi mereka yang tiba ke dewan peperiksaan lewat akibat mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor.

“Kalau dalam tempoh 30 minit yang pertama, selepas bermula kertas peperiksaan itu, mereka dibenarkan untuk masuk bagi kertas peperiksaan itu dan digantikan masa yang telah hilang. Ada kelonggarannya di situ, tetapi had masanya 30 minit, lepas itu tidak dibenarkan lagi masuk menduduki kertas peperiksaan itu yang sedang berlangsung.

“Hal ini kerana selepas 30 minit, calon yang menjawab daripada awal masa, dia dah boleh dibenarkan keluar, sama ada dia dah tamat menjawab atau tidak mahu terus menjawab, dia dah boleh keluar. Maka kalau kita biarkan, mereka akan bertemu di luar dewan peperiksaan, mungkin berlaku perkongsian maklumat.

“Katalah selepas kertas yang dia tidak sempat masuk itu, ada lagi kertas yang lain, dia boleh masuk kertas kedua hari itu, tiada masalah,” katanya.

Pada masa sama, katanya sekiranya calon dilaporkan oleh klinik atau doktor bahawa mereka tidak sihat, mereka juga boleh menghubungi pihak sekolah dan meminta untuk menduduki peperiksaan di hospital.

“Kita benarkan di hospital kerajaan kerana memang ada prosedur operasi standard (SOP) kita bagi calon yang menduduki peperiksaan di hospital, tetapi bukan berkaitan COVID-19. Kalau berkaitan (COVID-19) memang tidak dibenarkan, tetapi dijadualkan semula untuk duduki peperiksaan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang