web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PEMULIH, Segerakan Peruntukan RM300,000 Untuk Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 4:05PM

Ma'mun Sulaiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Peruntukan sebanyak RM300,000 yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada semua Ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang perlu disegerakan. 

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman berkata, peruntukan itu perlu dipercepat selepas pengumuman oleh kerajaan Persekutuan, yang mahu menyegerakan pemberian bantuan kepada rakyat.

"Seharusnya, peruntukan itu diberikan lebih awal memandangkan ramai rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Justeru, ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan diagihkan segera kepada rakyat yang memerlukan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut Ma'mun, semua parti politik dalam hal ini perlu bekerjasama menangani masalah rakyat, tanpa memikirkan ideologi masing-masing.

“Bukan masanya untuk pemimpin berbalah tentang politik kerana rakyat di bawah sudah terlalu menderita dan memerlukan bantuan.

“Ini dapat dilihat berdasarkan kejadian bunuh diri, cubaan bunuh diri, penderaan dan sebagainya yang semakin meningkat di Malaysia, dengan majoritinya dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan, akibat kehilangan mata pencarian sepanjang tempoh pandemik COVID-19,” katanya. 

Ma'mun menjangkakan peruntukan RM300,000 itu hanya dapat memenuhi keperluan bakul makanan sebahagian penduduk Parlimen Kalabakan yang terdiri daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Merotai, Kukusan, Sebatik dan Tanjung Batu.

"Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, saya membelanjakan sebanyak RM480,000 diberikan kerajaan negeri (WARISAN) bagi menampung keperluan penduduk yang terlepas bantuan di peringkat DUN.

"Dan jumlah itu dipercayai akan terus meningkat, memandangkan lebih ramai yang terjejas selepas PKP 3.0, khususnya kawasan luar bandar," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PEMULIH berjumlah RM150 bilion, merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak 10 bilion ringgit. 

PEMULIH bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi. – Getaran, 30 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan