web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Terima Bayaran Berkaitan 1MDB Berjumlah RM1.8 Bilion - MoF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 4:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menerima RM1.8 bilion daripada AMMB Holdings Bhd, yang mewakili bayaran pertama daripada penyelesaian RM2.83 bilion berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.

Katanya wang berkenaan telah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

“Baki bayaran penyelesaian sebanyak RM1.03 bilion lagi akan dilunaskan oleh AMMB Holdings pada Disember 2021 dan Julai 2022, masing-masing sebanyak RM515 juta,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, akaun amanah berkenaan - di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara, telah menerima sebanyak RM18.176 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Dana-dana ini telah/akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, kata Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat ini, kerajaan telah melunaskan sebanyak RM12.54 bilion hutang 1MDB dan RM3.8 bilion hutang SRC.

 “Setakat 30 Jun 2021, baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon/ keuntungan/ faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka adalah sebanyak RM39.66 bilion (1MDB) dan RM1.85 bilion (SRC). Namun, baki semasa akaun amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB untuk tahun 2021 dan 2022 sahaja,” jelas beliau.

 Setelah semua dana Akaun Amanah digunakan, kerajaan masih perlu menanggung obligasi bayaran baki hutang 1MDB memandangkan hutang tersebut adalah disokong oleh kerajaan melalui Jaminan Kerajaan dan Surat Sokongan semasa hutang-hutang ini diterbitkan.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata ia akan sentiasa memastikan peruntukan yang secukupnya bagi menyelesaikan hutang 1MDB dan SRC untuk menguruskan beban kewangan kedua-dua entiti ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad