web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mimbar Tegaskan Vaksin COVID-19 Adalah Keutamaan, Mesti Disegerakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Feb 2021 5:50PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan pada hari ini diingatkan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah menjadi keutamaan yang mesti disegerakan.

Ingatan berkenaan disampaikan menerusi teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertajuk 'Imunisasi Dilaksana, Komuniti Sejahtera'.

Menurut teks berkenaan, hukum penggunaan vaksin telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 pada 3 Disember tahun lepas sebagai harus dan wajib kerana jika tidak, ia hanya akan memudaratkan diri sendiri.

“Di peringkat antarabangsa, negara-negara Islam yang lain seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan, Turki, Bahrin dan lain-lain telah menggunakan vaksin ini sebagai usaha pencegahan penyakit tersebut.

“Sesungguhnya tindakan tersebut disasari dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan fatwa yang berautoriti dan juga melalui kenyataan tokoh-tokoh ulama Islam di peringkat global,” demikian menurut teks berkenaan.

Pada masa sama, umat Islam diajar supaya meletakkan pergantungan hidup kepada Allah SWT dalam setiap perkara yang melingkari kehidupan di dunia ini dan realitinya sangat memerlukan petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT termasuk dalam memenuhi keperluan hidup.

``Di samping kita berikhtiar mencari ubat dan penawar segala penyakit, kita juga mestilah memelihara tahap keimanan kita kepada Allah SWT dengan sentiasa bertawakal kepada-Nya. Sesungguhnya sudah menjadi tuntutan kepada kita untuk merawat penyakit.

''Begitu juga, kita dituntut berikhtiar untuk mencari jalan pencegahan wabak atau sebarang penyakit berbahaya. Melihat kepada situasi semasa jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan, pengambilan vaksin adalah salah satu kaedah terbaik bagi membendungnya,'' katanya.

Fasa pertama pemberian vaksin dijangka bermula pada akhir Februari sehingga April 2021. Ia melibatkan petugas barisan hadapan manakala fasa kedua, yang melibatkan kumpulan masyarakat berisiko tinggi, pula dijangka bermula pada April sehingga Ogos.

Sementara fasa ketiga pula dijangka pada Mei hingga Februari 2022, membabitkan golongan dewasa. Suntikan vaksin hanya diberikan kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Malaysia perlu memvaksinkan sekurang-kurang 70 peratus penduduknya untuk mewujudkan imuniti kelompok.

“Tanpa kejayaan imuniti kelompok, risiko pendedahan terhadap jangkitan COVID-19 masih tinggi.

“Justeru, kita semua mestilah memainkan peranan dalam pengambilan vaksin ini dan berilah galakan kepada orang lain untuk turut sama mengambil vaksin ini,” tegas Jawi dalam teks khutbah tersebut. – Getaran, 12 Februari, 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi