web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bendera Putih Untuk Haiwan, SPCA Tawau Buntu Atasi Kemelut Kewangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 8:42PM

SPCA Tawau terpaksa mengibarkan bendera putih selepas berdepan dengan masalah kewangan sejak setahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pandemik COVID-19 sememangnya memberi impak yang amat besar pada ruang lingkup kehidupan, dan ia mencakupi segenap aspek, termasuk haiwan terbiar.

Di saat kempen bendera putih giat dijalankan untuk merayu simpati dan bantuan orang ramai, ramai pihak tampil mengkritik gerakan itu, yang disifatkan tidak wajar dilakukan kerana membawa pelbagai konotasi negatif.

Pun begitu, tidak dinafikan ia berhasil mencapai matlamat, iaitu sebagai jalan keluar terakhir untuk sebilangan penduduk negara ini mendapatkan bantuan, demi kelangsungan hidup.

Kini, gerakan itu bukan sekadar terhad untuk rakyat, malah turut digunakan Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Tawau, dalam memastikan kebajikan 500 haiwan terbiar di bawah jagaan mereka tidak terabai.

Bendera putih itu dikibarkan di premis mereka di Jalan Kau Sing di sini, lantaran masalah kewangan meruncing dialami persatuan berkenaan sejak setahun lalu.

Sukarelawan SPCA Tawau, Lee Shiau Lean berkata, mereka berdepan dengan masalah kewangan sejak setahun lalu.

“Saban bulan, kami perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM4,000 bagi menampung semua kos termasuk makanan dan penjagaan 500 haiwan serta gaji pekerja di sini.

“Simpanan wang dalam akaun persatuan kini hanya berbaki RM2,000 sahaja, sekali gus menyukarkan kami beroperasi seperti biasa,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya, kibaran bendera putih itu adalah jalan terakhir bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak luar.

“Ketika ini, kami melancarkan kutipan sebanyak RM10 bagi setiap penderma, untuk membolehkan SPCA Tawau membeli 4 kilogram beras atau ayam sebagai makanan haiwan yang ada.

“Niat kami hanya satu, mahu menjaga haiwan ini selaras dengan tujuan SPCA ditubuhkan,” katanya.

Shiau Lean berharap ada pihak yang tampil membantu SPCA Tawau, bagi membolehkan persatuan tersebut mengatasi masalah keputusan bekalan makanan untuk haiwan di situ.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Alliance Bank Malaysia Berhad 100570010088248 atas nama Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan Tawau, Sabah atau melayari laman Facebook SPCA Tawau untuk maklumat lanjut. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan