web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Anak Terpaksa Berlapar, Suami Isteri Tekad Gantung Bendera Putih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 8:56PM

Erala bersama suami Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42, menunjukkan kain serban digunakan sebagai bendera putih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - “Jangan kata RM10, RM2 pun tiada di dalam poket, memang langsung tiada duit dan barangan makanan pula sudah terputus.

“Saya dan suami tidak tahu lagi hendak buat macam mana sebelum kami mengambil keputusan mencuba nasib dengan mengibarkan kain serban putih di luar tingkap bilik,” kata Erala Ismail, 45.

Pembantu jualan di sebuah kedai itu berkata, keputusan menggantung kain serban sebagai bendera putih dilakukan sebagai talian hayat terakhir untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan, khusus buat tiga anaknya yang berusia antara 10 hingga 16 tahun.

Dia yang tinggal menyewa di sebuah bilik kecil bekas hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah berkata, tempoh enam bulan ini adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka sekeluarga selepas suaminya Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42, hilang pekerjaan.

“Jika sebelum ini suami bekerja dengan gaji RM35 sehari, bolehlah kami saling bantu-membantu, tetapi selepas dia tidak lagi bekerja memang amat terkesan. Bukan tidak mencari kerja lain tetapi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada yang hendak mengambil bekerja.

“Keadaan memang tertekan apabila mengenangkan nasib anak-anak, apatah lagi apabila mereka mengadu lapar, tetapi kami sebagai ibu bapa tidak dapat menyediakan makanan,” katanya, sambil menahan tangisan.

Mati akal untuk mencari jalan keluar, Erala dan suaminya nekad menggantungkan kain serban itu sebagai simbolik bendera putih pada petang Selasa lalu.

Katanya, dia selama ini masih boleh bersabar dengan kesempitan hidup yang dilalui, namun apabila melihat anak-anak terpaksa mengikat perut, mereka suami isteri terpaksa mengalah.

“Bukan sahaja tiada makanan malah gas untuk memasak pun hanya cukup untuk memasak air, manakala lauk terakhir kami hanyalah ikan bilis dan jika kami terus mendiamkan diri, anak-anak akan terus terpaksa berlapar.

“Sedihnya perasaan seorang ibu apabila melihat anak tidur dalam keadaan lapar, sukar untuk saya huraikan,” katanya yang sudah tiga tahun tinggal di bilik kecil itu kerana tiada wang deposit untuk menyewa rumah.

Menurut Erala, sebelum ini dia tidak pernah menceritakan kesusahan hidup kepada rakan sekerja atau majikan kerana tidak mahu disalah anggap.

“Selepas tahu apa yang menimpa saya, majikan amat terkejut dan turut menghulurkan bantuan, malah Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong juga datang menghantar barangan makanan,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan