web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


"Tolong Jangan Potong Gaji, Kasihanilah Kami"

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 6:26PM

Ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19, ada yang hilang pekerjaan dan ada yang dibayar separuh gaji. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesempitan hidup hingga anak-anak turut menderita sememangnya adalah sebuah tragedi kemanusiaan, dan amat menyedihkan apabila kisah seumpama itu kerap kali didengar atau dibaca kebelakangan ini.

Norliza Nazri misalnya, berdepan kesukaran yang semakin parah selepas gajinya dipotong majikan, menyebabkan dia terpaksa memberikan air sirap atau kopi kepada anak berusia empat tahun sebagai pengganti susu.

Berkongsi penderitaan dialaminya kepada Getaran, ibu tunggal berusia 30-an itu berkata, lebih memeritkan, gaji bersih bulan lalu yang hanya berjumlah RM500 dibayar ansuran sebanyak dua kali, membuatkan dia sukar merancang perbelanjaan bulanan.

Menurutnya, pendapatan bersih yang sepatutnya diterima selepas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah sekitar RM800,

Katanya, walaupun pendapatan kasarnya adalah RM1,200 dan menerima gaji bersih sekitar  RM800 selepas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dia kini hanya memperoleh RM500 apabila majikan bertindak mengurangkan tempoh bekerja tanpa persetujuan petugas.

“Saya diarahkan untuk bekerja tiga atau empat kali seminggu bergantung kepada jadual tanpa ditanya bersetuju atau sebaliknya.

“Menurut majikan, peraturan jadual kerja baharu itu ditetapkan selepas Kementerian Pendidikan (KPM) didakwa mengurangkan pembayaran gaji pekerja pembersihan dan apabila saya menelefon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), alasan sama diberikan,” katanya yang menetap di Melaka.

Norliza berkata, keadaan itu amat merunsingkan, apatah lagi dia perlu memberi sedikit wang belanja kepada ibu, membeli keperluan barangan asas dan membayar bil bulanan.

“Saya terpaksa menangguhkan bayaran bil untuk memastikan perut anak-anak terisi, malah perlu mencatu makanan, dan adakalanya terpaksa makan nasi sekali sehari berlaukkan telur dan kicap.

“Kadang-kadang bila wang sudah habis untuk membeli makanan, dan saya ke rumah ketua wakil penduduk untuk mendapatkan sedikit bantuan barangan dapur, sementara menunggu gaji bulan berikutnya,” katanya, sebak.

Sementara itu, seorang pekerja pembersihan sekolah di Kedah, M Siva memaklumkan dia hanya menerima gaji bersih RM600 bulan lalu selepas majikan memotong pendapatannya atas alasan yang tidak munasabah.

M Siva berkata, dia menghubungi majikan untuk bertanya mengapa gaji yang kebiasaannya diterima kira-kira RM800 dipotong dan diberitahu, pengurangan itu kononnya kerana ‘ponteng’ kerja selama tiga hari.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, selepas memaklumkan ketidakhadiran itu adalah kerana cuti tahunan seperti dibenarkan pihak sekolah, majikan memberi jaminan bahawa perkara tersebut akan dikaji semula.

“Sehingga hari ini, masih tiada khabar berita diterima berhubung perkara itu, selepas saya menghubungi majikan 6 Jun lalu. Dengan RM600 ini lah saya bayar sewa rumah sebanyak RM400 dan bil, manakala bakinya saya berjimat untuk membeli makanan untuk kami lima sekeluarga.

“Ada masa bila saya dengar ada pihak menawarkan bantuan kepada orang susah, saya pergi ambil untuk keluarga,” katanya.

Seorang lagi pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Suganiya melahirkan harapan untuk menerima gaji penuh beberapa hari lagi, tanpa sebarang pemotongan oleh majikan.

Sejak kematian suami beberapa tahun lalu, katanya, dia menjadi tulang belakang utama untuk mencari rezeki keluarga, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Jika gaji kira-kira RM1,000 yang sepatutnya diterima itu dipotong, kata Suganiya, ia pasti amat membebankan kerana sewa rumah berjumlah RM700 perlu dijelaskan, begitu juga bil dan barangan keperluan dapur.

“Anak saya ada tiga orang bekerja di kilang, namun ketika ini premis mereka ditutup akibat PKP, jadi hanya saya bekerja.

“Kehidupan saya memang susah sehingga kadang kala menerima bantuan daripada pihak sekolah, jadi sekiranya gaji saya dipotong bagaimana nasib saya dan anak-anak. Saya merayu kepada kerajaan janganlah potong gaji kami, kasihani kami, pendapatan kami pun tidak banyak,” keluhnya. – Getaran, 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan