web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Tak Hapus Kemeriahan Tahun Lembu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sejak mula dikesan di negara ini pada Januari 2020, virus COVID-19 terus menular dan belum menunjukkan sebarang tanda akan lenyap, walaupun satu ketika dahulu Malaysia pernah mencatatkan penurunan amat ketara. 

Paras jangkitan semakin meningkat sejak awal tahun ini dan ia mendorong kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) sejak 16 Januari lalu. 

Larangan merentas daerah atau negeri dan acara ‘makan besar’ yang hanya dihadkan kepada 15 orang satu keluarga bagaimanapun tidak menghalang sambutan Tahun Baharu Cina diraikan, walau dalam suasana serba sederhana. 

'Makan besar' merupakan acara penting setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina
'Makan besar' merupakan acara penting setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina

Sama seperti perayaan lain, sambutan Tahun Baharu Cina turut diwajibkan mematuhi beberapa perincian prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan. 

Kemeriahan perayaan masyarakat Tionghua ini dapat dirasai hampir di seluruh pelosok negara sejak Khamis malam, apabila dentuman mercun dan percikan bunga api menghiasi langit. 

COVID-19 juga ternyata tidak menghalang pusat beli belah berkongsi kegembiraan meraikan perayaan berkenaan, apabila setiap premis berlumba-lumba meletakkan dekorasi berwarna-warni sebagai simbolik sambutan. 

Seperti tradisi sebelumnya, aksesori serba merah yang dianggap warna bertuah mendominasi latar belakang hiasan dalaman pusat beli belah terbabit. 

Rata-rata premis seumpama itu dipenuhi pengunjung yang mengambil kesempatan mencuci mata bersama ahli keluarga atau orang tersayang sempena cuti umum perayaan. 

Larangan merentas negeri yang masih berkuatkuasa juga menjadi faktor utama yang membuatkan sebahagian besar masyarakat Cina menyambut tahun baharu ini dengan menjadikan pusat beli belah sebagai destinasi. 

Pusat beli-belah menjadi pilihan utama orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.
Pusat beli-belah menjadi pilihan utama orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.

Tinjauan Getaran di kompleks beli belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur mendapati, ia menjadi pilihan utama untuk orang ramai meluangkan masa bersama keluarga, di samping merasai kemeriahan perayaan. 

‘Roh’ Tahun Baharu Cina itu dapat dirasai ketika berada di lobi kompleks terbabit yang dihiasai dengan pelbagai hiasan masyarakat Cina berwarna merah dan kuning keemasan. 

Pusat beli-belah menjadi tumpuan selepas larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasa semasa PKP 2.0
Pusat beli-belah menjadi tumpuan selepas larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasa semasa PKP 2.0

Ada juga keluarga yang dilihat membawa anak-anak mereka bergambar bersama patung lembu, iaitu hiasan utama dalam kompleks terbabit. 

Walaupun kemeriahan itu dapat dirasai namun rata-rata pengunjung tanpa mengira usia tetap menekankan pematuhan SOP sepanjang berada di dalam premis berkenaan dengan menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. 

Seorang pengunjung, Alvin See, 30, berkata beliau memilih untuk meraikan Tahun Baharu Cina di kompleks beli belah kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor akibat larangan merentas negeri. 

Bagaimanapun, pekerja sektor swasta itu berkata, ia bukan penghalang untuk memeriahkan sambutan tahun baharu ini namun pada masa sama, beliau tetap meletakkan harapan supaya pandemik ini segera berakhir bagi membolehkan kehidupan dapat dijalani seperti biasa. 

 “Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk merayakan tahun baharu bersama keluarga, kita masih boleh memeriahkan perayaan ini dengan cara tersendiri sambil menekankan norma baharu. 

“Bagaimanapun, dalam keseronokan menyambut perayaan jangan alpa terhadap SOP, kerana kita perlu membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan dan menghentikan penularan wabak COVID-19,” katanya. – Getaran, 13 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah