web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Varian SARS-CoV-2 Punyai Jangkitan Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 7:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada bukti menunjukkan dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160 di Sarawak mempunyai tahap jangkitan atau virulens yang lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham melalui Facebook rasminya berkata kajian penjujukan genom (genomic sequencing) di Semenanjung pula mendapati strain yang serupa masih belum ditemukan.

Beliau berkata setakat ini masih tidak dapat dipastikan asal usul varian itu walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7 peratus varian serupa sejak April tahun lepas.

“Berdasarkan laporan diterima dari pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), terdapat dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160. Maklumat tambahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), varian B.1.160.3 telah diubah nama kepada B.1.470.

“Varian ini didominasi oleh varian dari Indonesia sejak April 2020 dengan prevalen 67.6 peratus (76/108)  iaitu dari 108 bilangan full genome sequences varian ini yang didaftarkan di GISAID (satu inisiatif sains global dan sumber utama untuk data genom virus influenza), 76 adalah dari Indonesia.

“Negara lain yang turut melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2 peratus; 11/108), Jepun (12 peratus; 13/108) dan minoriti di Taiwan dan Hong Kong.  Varian ini mempunyai mutasi D614G yang kini biasa ditemukan pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata varian B.1.160 adalah varian yang lazim ditemukan di negara Eropah sejak Julai tahun lepas bermula dari Perancis (11.2 peratus) dan kini didominasi oleh Denmark (28 peratus), Switzerland (15.4 peratus) dan United Kingdom (UK) (17.2 peratus) yang mempunyai mutasi spike D614G dan S477N.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 yang mana hampir 89.9 peratus distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad