web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP Beri Bantuan, Mahfuz Omar Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 3:14PM

Mahfuz didakwa melanggar SOP apabila beberapa keping gambarnya dalam satu program memberikan bantuan, dimuatnaik dalam Facebook Nurul Amin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, baru-baru ini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya mendapati terdapat beberapa gambar Ahli Parlimen Pokok Sena itu dimuat naik ke dalam Facebook Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Nurul Amin Hamid. 

"Dalam gambar tersebut, Ahli Parlimen berkenaan kelihatan tidak mengamalkan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada satu program memberi bantuan.  

"Kes tersebut kini disiasat di bawah di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021serta Peraturan 17(1), PPPB 2021 kerana berkumpul di tempat awam, tidak memakai pelitup muka dan melanggar peraturan penjarakan sosial," katanya. 

Sementara itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) ketika dihubungi Getaran memaklumkan, dia sedia maklum akan tindakan polis membuka kertas siasatan terhadap perkara itu. 

"Saya hormati keputusan polis untuk siasat dan sedia beri kerjasama. Kejadian itu berlaku di Kampung Alor Gandak, dekat sini petang Jumaat lalu ketika saya hadir untuk bertanya khabar dan menyerahkan bantuan kepada penduduk," 

"Saya harap polis percepatkan siasatan dan kalau perlu dikompaun, lakukanlah segera. Layanlah saya seperti rakyat biasa saja," katanya.

Mahfuz menafikan beliau duduk di atas meja sebaliknya ia adalah pangkin yang menjadi tempat duduk bagi penduduk setempat.
Mahfuz menafikan beliau duduk di atas meja sebaliknya ia adalah pangkin yang menjadi tempat duduk bagi penduduk setempat.

Ditanya dakwaan di media sosial yang menuduh beliau duduk di atas meja ketika dijamu dengan kuih-muih dalam majlis tersebut, Mahfuz menafikan perkara itu.

"Itu bukan meja makan sebaliknya pangkin yang memang menjadi tempat duduk bagi penduduk setempat.

"Saya tak mau dilengahkan kes ini yang menyebabkan pesepsi rakyat bahawa polis layan saya sebagai golongan kayangan," jelasnya. - Getaran, 4 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah