web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kibaran Bendera Putih Bongkar Kesusahan Pekerja Pembinaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 5:53PM

Ibrahim (kiri, bertopi) menyerahkan sumbangan hasil kutipan sumbangan daripada penduduk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kempen bendera putih yang digerakkan secara agresif sejak awal bulan lalu ternyata berhasil menyemarakkan niai kemanusiaan mendalam dalam kalangan masyarakat negara ini.

Lebih mengharukan, ia dilakukan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau kerakyatan penerima bantuan.

Terbaru, kibaran bendera putih yang dilihat penduduk Taman Kinta Permai di sini, semalam, berjaya membongkar kesusahan lebih 29 warga asing di tapak pembinaan taman itu akibat terputus bekalan makanan.

Bendera putih yang dikibar pekerja tapak pembinaan.
Bendera putih yang dikibar pekerja tapak pembinaan.

Difahamkan, kesemua mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan melibatkan beberapa fasa di taman berkenaan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung mereka, penduduk taman itu mengambil insiatif menjalankan kutipan bagi membantu membeli barangan keperluan asas.

Tidak sampai sehari kutipan dijalankan, lebih RM1,200 berjaya dikumpul sebelum kesemua barangan keperluan dibeli dan diserahkan kepada kumpulan pekerja tersebut.

Wakil penduduk, Ibrahim Abdul Rahman ketika ditemui Getaran berkata, inisiatif mengumpul sumbangan itu adalah sebahagian dari konsep kongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah, penduduk taman ini sepakat membantu dan terus mengumpul sumbangan, kesemua sumbangan sudah diserahkan hari ini.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung mereka,” katanya. – Getaran, 4 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan