web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beberapa Negeri Lagi Berpotensi Beralih Ke Fasa 2 PPN - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 5:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa buah negeri lagi telah menunjukkan perkembangan yang amat baik untuk beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menamakan negeri berkenaan, beliau berkata negeri itu berpotensi mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.

“Alhamdulillah, selain lima negeri yang telah beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam PPN, terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat,” katanya dalam catatan terbaharu Facebook rasminya hari ini.

Sabtu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu beralih ke Fasa Dua PPN bermula hari ini selepas negeri terbabit berjaya mencapai nilai ambang ditetapkan.

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Meskipun sedang menerima rawatan di hospital, Perdana Menteri hari ini mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital bagi membincangkan perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19 dalam negara.

Muhyiddin, yang dimasukkan ke hospital sejak 30 Jun, berkata antara perkara dibincangkan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur, serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa PPN.

Lapan daerah di Selangor melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain 14 lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

Sementara itu Muhyiddin berharap situasi pandemik di negara ini dapat terus dikawal, dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat berikutan penerimaan bekalan vaksin lebih banyak pada bulan ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini, di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan.

“Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan